Friday, June 19, 2009

Jalan-jalan Port Dickson

Kali ni kami tinggal di Selesa Beach Resort. Hubby ada kerja di Seremban.. so apalagi.. join sekaki la ngan anak2.



Ni view dari balcony. Cantikkan?Kat belakang deretan pokok kelapa terus pantai/ laut



Ni la bilik kami... ok la dgn harga yang ditawarkan. Hotel ni selalu digunakan oleh kakitangan kerajaan kot. Siap ada parking lot khas utk Menteri Besar lagi. Slalu sgt ke MB dtg sini??

Aktiviti kami bertumpu di dalam hotel aje. Maklum la hubby kerja.. so kami pun meronda la dlm hotel ni.



Ni kat lobby hotel





Dari hotel memang dekat nak ke pantai. Pantainya pun ok.. sama macam Avillion. Kalau nak banding dua hotel ni.. hotel ni lagi baik dr segi jarak hotel-swimming pool-pantai. Kat Avillion.. pantai utk mandi manda di hujung sana manakala swimming poolnya kat hujung satu lagi.

Tapi... kalau nak swimming pool yg dibuka 24jam.. Avilion la jwpnnya.
Dari segi lain.. tentunya Avillion lebih baik (harganya juga mcm langit dan bumi ;-)







Abang Shu'aib dah ngantuk ye?



"Mummy... aeroplane!"


Kat sini ada wading pool utk budak2 kecik. Shu'aib ngan Suhail memang suka sgt la. Tiap kali bangun tido.. Suhail mesti kata.. "Mummy, nak aut!". Memula tu ingat iye beno la nak mandi laut, rupa2nya.. swimming pool. Sikit punya dia marah bila dibawa ke laut. Dia pulak asyik kata.. NAK AUTTT!! Sambil tunjuk arah hotel... ooo swimming pool!!!



Ni Suhail dah tahu.. yang ini... "..miming pool".. hehehe.

Kalau nak cari hotel yang bersih, selesa, ada swimming pool utk anak2 kecil dan murah, datang la sini! Dan jangan lupa mencuba Club House Sandwichnya. Tapi... breakfast spread dia saya tak recommend. Ok jumpa lagi!

Monday, May 25, 2009

Mali's Corner



Alang2 dah bercerita bab makan, ni ada lagi satu fav. spot kitorang. Kalau ada sesiapa yg teringin nak makan Kuay teow basah.. cubalah disini!!!
Saya rasa tempat asalnya adalah di Taman Bunga Raya bersebelahan dgn TAR College. Kedai mula dibuka pada lewat petang. Menu utamanya kuay teow basah dan nasi lemak. Kalau datang slps maghrib memag dah susah nak cari tempat duduk. Students TARC mmg conquer habis. Drawback tempat ni satu aje... nak order mkn / minum kena beratur panjang. Tak de waiter yg nak dtg meja amik order. So.. jgn la dtg sorang2 kalau nak mkn disini kecuali "tapau".
Baru2 ni Mali's Corner dah buka satu lagi cawangan kat deretan kedai2 baru Danau Kota.
Konsepnya tetap sama.. cuma meja & suasana lebih selesa berbanding kedai asal. Dari segi rasa.. TETAP SAMA. So tak payah lagi nak berebut meja kat Tmn Bunga Raya (harapnya sampai bila2)