Wednesday, March 31, 2010

Demam & Telinga Berdarah?


Shu'aib demam sejak hari Ahad malam. Pada hari Isnin .. kira-kira pukul 4.30 ptg, tiba-tiba Mummy dengar Shu'aib menjerit-jerit kesakitan. Kemudian terdengar dia berlari menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Lolongannya makin kuat....

"SAKIT! SAKIT! TELINGA SHU'AIB SAKIT! TOLONG MUMMY TOLONG!"

Mummy pun jadi panik... kenapa pulak ni? Katanya telinganya sakit secara tiba-tiba. Bila diperiksa... tiada pula nampak bendasing / haiwan yang ter-masuk ketelinganya. Namun jeritan Shu'aib masih kuat. Kasihan, sedih... semua bercampur baur dihati Mummy. Ya Allah...kasihanilah anakku ini.

Selepas 3 minit... Shu'aib diam. Katanya telinganya mungkin sakit sebab demam. Mummy periksa suhu badannya... Memang benar... suhu badannya baru nak naik.. 37.9C. Kemudian ... katanya.. telinganya sudah tidak sakit lagi.... emmmmm.......

Malam. 1.00 pagi. Mummy kejutkan Shu'aib untuk makan sirup PCM. Bagus anak Mummy... tanpa banyak kerenah.. ubat ditelannya. Kemudian dia terus terlena.

1.30 pagi.
"MUMMY! SAKIT! SAKIT! TOLONG! TOLONG! TELINGA SHU'AIB SAKIT! SAKITNYA MUMMY!!!"
Mummy bingkas bangun dan terus mengarahkan Shu'aib baring secara mengiring. Dia terus menjerit...
"Ya Allah! DARAH!"

Kami segera ke Hospital Ampang Puteri. Di dalam perjalanan... katanya telinganya tidak sakit lagi....

Semalam dan hari ini... Shu'aib masih mengadu sakit telinga.. setiap kali demamnya baru bermula. Cuma dia tidak lagi meraung-raung... cuma menekan lubang telinganya sambil mengadu kesakitan.

Kenapa ya???

Nota:
(Selepas berjumpa dengan doktor pakar ENT)
Telinga Shu'aib jadik cam tu sbb 'Middle Ear Infection'. Dia kena selsema lebih dua minggu (tiada demam / batuk).. Demam cuma dikesan bila dia mengadu sakit telinga petang tu. Selsema yang lama menyebabkan infeksi pada bhg middle ear tersebut. If the middle ear, which is normally sterile, becomes contaminated with bacteria, pus and pressure in the middle ear can  result..thus showing the classic "earache", pain that is more severe and continuous and is often accompanied by fever of 102 °F (39 °C) or more. In Shu'aib's case..the pressure build up..thus he complained of the ear pain and when his ear drum perforated...the pain stopped...and we can see some blood coming out from the ear. Every time the pressure build up.. he would feel the ear pain again. He was treated with antibiotic.


Ni sikit nota tentang middle ear infection:
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Otitis_media
2. http://www.ehealthmd.com/library/middleear/mei_whatis.html

Wednesday, March 24, 2010

Scones


Sekarang ni Mummy tengah gila makan. So entry ni pun pasal makan. Pernah makan scone? Mummy pernah makan beberapa kali dan setakat ni yang paling Mummy suka adalah scones dekat Hillside Corner Restaurant & Cafe, Bkt Antarabangsa. Sebelum-sebelum ni... semua scones yang kami makan di serve dengan cream / sour cream dan jem. Haa... kat restoran ni... dia serve dengan lemon curd. Memang best.

Satu set scones mengandungi 2 biji scone dan satu mug teh / coffee. Harganya...setelah dicampur tax adalah RM8.60. Memang ok sesangat bagi mereka-mereka yang teringin minum petang ala-ala omputih gitu!!!
Lagi satu... kami juga sukakan carrot cake Hillside Cafe. Shu'aib yang hantu kek coklat pun sanggup tinggalkan kek coklat sebab sukakan carrot cake disini. Cuba la!