Friday, November 16, 2012

Nikmat mana yang mahu kau dustakan..

Amboii! Tajuk entry tak mahu kalah! Rasanya dah lama tak letak resipi kat sini.. Hari ni untuk lunch..Mummy masak ikan masak kicap, makan bersama kimchi versi pedas..dan nasi panas sedikit melekit..makan pulak guna chopstick dan pinjam mangkuk anak-anak..terangkat! Hahaha..

Sejak cuti sekolah..gigih Mummy mencari resipi untuk masak buat anak-anak. Suhail dah 3 hari bising nak masak kicap..semalam..dia komplen..alaa..asyik-asyik ayam..bila nak makan ikan?? Hahaha..ambik ko..sampai jemu Mummy sumbat lauk ayam setiap hari!

Jadi..untuk hari ini..mari kita masak kicap ikan jenahak.. resipi ni petua dari rakan Mummy..memang sedap!!
Resipinya..
4 keping ikan jenahak (Daddy potong lagi kpd 2 bahagian)
-letak garam kunyit..gaul dan goreng
2 ulas bawang besar ( satu dihiris nipis dan satu dipotong bulat )
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
Sedikit halia ( dihiris bentuk batang mancis )
1 cili merah ( dihiris memanjang )
Cili padi ( jika mahu pedas )
1 sudu teh serbuk rempah kurma Adabi ( dibancuh dengan sedikit air )
Kicap Jalen lemak manis ( label oren )
1 sudu teh mambung sos tiram
Daun bawang
Garam mengikut citarasa

Cara..
Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris nipis.
Bila bawang dah kekuningan, masukkan pes rempah kurma dan sos tiram..kacau seketika (naik bau)
Tambah halia..
Masukkan kicap...tambah air jika mahu
Rasakan garamnya..masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan cili merah.
Tabur dengan hirisan daun bawang.

Daddy pulak request nak makan style Korea.. jadi Mummy masak nasi lembik sikit dari biasa.. Makan dengan kimchi (carrot, kobis cina, cili).. Makan dengan chopstik..wahhh! Perasan macam kat Korea la pulak.. Yang bagusnya..disebabkan Mummy terkial-kial nak makan pakai chopstick..yang banyak ditelan adalah ikan dan kimchi..nasi tak tercedok! Hahaha.. sah Mummy akan kurus lepas ni..sbb diet high protein dan less carbo..
Cuba la..

No comments:

Post a Comment