Tuesday, June 3, 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ini.. 13 tahun yang lalu... Mummy dan Daddy diijab kabulkan.
Hari ini..alhamdulillah...dikurniakan 2 putera cinta hati...

Tq Daddy.. kerana menjadi suami, sahabat, partner in crime, ayah kpd anak2 dan juga teman berdebat...
Terima kasih kerana masih bersama mengharungi roda2 kehidupan..
bermula dari zaman awal perkahwinan... hingga sekarang.. kala susah dan senang  bersama...

Zaman ikat perut untuk makan..
zaman awal bekerja yang sangat sibuk yg kadang-kala berjumpa hanya hai-hai dan bye-bye..
zaman yang kadang-kala..hanya dapat tidur bersama di bilik kecil (bilik on call) di PPUM..
Alhamdulillah..rezeki Allah insyaallah sentiasa terbentang luas buat hambaNya...

Hari ini..terima kasih ya Allah..masih diberi peluang untuk kami bersama..
Kami gembira..dan kami bersyukur..
Alhamdulillah...






No comments:

Post a Comment