Monday, July 27, 2015

Resipi Nasi Daging (Periuk Noxxa)


Resipi ni ubah suai drp Myresipi (Salwahcm) http://www.myresipi.com/top/detail/593

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 pot beras Basmathi
  • 1/2 ke 1 kg daging (Saya: potong sebesar genggaman baby)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Campuran minyak sapi dan minyak masak utk menumis
  • 1 st (mambung) tomato soup (atau ganti dengan sikit sos tomato secukup rasa)
  • 4 pot air rebusan daging dan 1.5 pot susu cair (atau boleh juga diganti dengan santan)
  •  Garam/ pati kiub ayam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang & daun sup (ditabur atas nasi sebelum dihidangkan)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. (Saya guna fungsi HP 10 min- sbb guna daging batang pinang)
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. (Fungsi Stir Fry)
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas).. Masukkan daging. Campurkan tomato soup dan perisakan dengan garam.
  7. Tutup periuk dan tekan butang HP (5 minit). Keluarkan stim dan biar pd fungsi Warm.. 
  8. Hidangkan Nasi daging..tabur bawang goreng dan daun bawang/ daun sup di atasnya
  9. Sedap dimakan dengan dalca dan air asam.

Air Asam Utara
Bawang besar (hiris)
Cili merah (hiris)
Tomato (didadu)
Sedikit kerisik dan sikit gula

Sedikit cili merah dan cili api, belacan, air asam jawa, garam (ditumbuk seperti buat sambal belacan)
Campurkan semua bahan kedalam bahan2 yg dihiris/ didadu.. Rasakan garam gula dan asamnya.. Biar secukup rasa!

Selamat mencuba

8 comments:

  1. Kalau mak buat, tambah kicap manis sikit bagi warna dan rasa dan tak taruh kerisik.

    ReplyDelete
  2. Hello Mummy Eda, your this nasi daging da tentu tiga plates nasi lichin...kalau ada sambal belachan...habis cherita! Tali pinggang kena buka.
    There is nothing more spectacular on this planet than that of a beautiful mother or wife in the act of cooking for her loved ones.
    You have a nice day, happy cooking, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lee. Salam perkenalan. Kalau 3 pinggan nasi daging, dah tentu tak boleh kancing seluar lagi ;)

      Delete
  3. Terima kasih krn kongsi resepi. Baru plan nak buat utk tetamu yg nak dtg beraya kat rmh minggu depan 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Nurma.
      Terima kasih singgah ke blog Mummy. Sila sila.. Moga tetamu pulang dengan senyuman :)

      Delete
  4. Ibuyati takpernah seumur hidup masak nasi daging. Mesti nakcuba nih. you all yg nak cuba buat nasi daging noxxa, mai beli harga ahli dari ibu. PM 019-2494819. 4 ebook resepi noxxa ibu tolak rm10. Takpuashati dgn ebook nih, wang dikembalikan. TQ

    ReplyDelete
  5. Dah cuba.. Best sgt2.. Teringin nak masa dgn periuk noxxa yg dah lama beli.. Tanya en Google.. Kluar laa link ini.. Follow je step by step.. Mudah sgt... Suka2..Terimakasih berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Misi Sha.
      Selamat mencuba ☺️

      Delete