Alhamdulillah dengan segala nikmat Nya. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi 1 tips mudah yang saya amalkan sejak sekian lama. Tips yang mudah ini saya perolehi hasil dari 1 perkongsian seorang Guru Besar di Sekolah anak saya 9 tahun yang lalu. Amat tertarik saya dengan kemujaraban tips ini setelah melihat sendiri 1 demi 1 kejayaan anak anaknya dengan limpahan rahmat dari Allah.. apakah tips itu ? Berkesan ke ?
9 tahun yang lalu , ketika anak saya berusia 12 tahun bakal menduduki UPSR.. waris dikumpulkan dan pihak sekolah berbincang cara untuk "upgrade" anak anak. Sentuhan 1 adalah penjagaan solat. Disusuli pemakanan. Diselaraskan dengan persekitaran yang bersih dan aman bisa mempengaruhi kecerdasan anak anak ini. Kebersihan turut diutamakan. Kelembutan turut dipupuk namun ketegasan dari pihak waris perlu ada dalam mengawasi setiap aktiviti anak anak yang bakal menduduki peoeriksaan. Saya anat tertarik dengan tips.." No tv..no outdoor events ..no cinema..no shopping mall !" Lalu secara peribadi , saya mohon puan pengetua yakni Puan Hajjah Imson kembangkan tips dari nya itu..
Alhamdulillah , satu demi satu tips nya dijelaskan bahawa itu semua bisa mmudaratkan akal fikiran anak anak kita yang sentiasa dalam proses pembelajaran , yang sentiasa fresh dan mudah terpengaruh. Lalu saya bertanyakan tips beliau memandangkan semua anak anaknya berjaya meskipun mereka suami isteri sentiasa sibuk dengan tugasan masing masing...
Rahsianya... setiap kali anak bakal menduduki peperiksaan , pada sebelah pagi , beliau akan check jadual peperiksaan anaknya. Paper 1 bermula jam 8.00am , maka dia bersedia awal ( meskipun dalam pejabatnya ) dengan wudhuk dan senaskah Yassin. Solat dhuha diutamakan terlebih dahulu sebelum membaca yassin pada pagi itu. Sebaik saja naluri ibunya dapat rasakan anaknya sudah bersedia..maka beliau mula membaca Yassin. Jika ada 3 paper exam dalam 1 hari..3kali lah beliau mengamalkan tips ini. Itu saja rahsianya. Nampak macam remeh pulak ..keluh hati saya. Tersenyum kelat saya selepas mendengar huraian darinya. Pun begitu beliau menyelit " buat dulu..Allah bagi keberkesanannya pada anak anak kita " teruja pulak saya nak tahu...
Saya abaikan tips itu..dalam kata mudah , saya tidak memandang serius akan tips itu. Sampailah pada saat anak sulung saya nak hadapi SPM. Saya teringat semula cara ini. Allah membuka hijab dan saya akui ini ada terkandung kebesaran Allah. Lalu saya bersedia untuk amalkan seperti yang disarankan beliau..
Pada hari pertama SPM. Paper 1.. Saya bersedia baca yassin dan solat dhuha sebelumnya. Sungguh hati saya rasa sebak. Semacam rasa ada 1 gerakkan hati merasai anak saya sedang berdebar debar. Lalu saya yakin Allah saja yang dapat menenangkannya. Saya memohon agar Allah memberi ilham kepada anak saya untuk menjawab soalan dengan mudah dan tenang . 1 tips lagi yang saya iringkan kepada anak saya..jika terlupa akan sesuatu..urut lembut belakang leher dan berselawat bbrapa kali mohon Allah berikan ilham utk ingat semula.. saya lakukan tips ini dengan sepenuh keyakinan kepada Allah.. itulah pesan Puan Pengetua..betapa yakin pada kuasa Allah itu mutlak..amatlah penting..
Sekembalinya anak saya dari sekolah..dengan senyuman yang meleret..dia bertanya " tadi mama baca yassin kan ?" Saya pura pura terkejut..dan tanya kenapa. Lalu dia maklumkan bahawa sebaik saja masuk ke dewan pperiksaan , dia jadi gemuruh..resah dan serba tak kena. Sekitar jam 8.15am..tiba tiba hatinya jadi sangat tenang. Rindu pada mama dan dapat ilham membuak buak untuk jawab soalan. Rasa mudah sangat. Malah tips berselawat bila terlupa juga mujarab. "Allah bagi kakak ingat apa yang kakak lupa ". Hal yang sama turut dirasai oleh anak yang kedua..PMR. subhana Allah..hebatnya Allah. Kalam kalam Allah sungguh berhikmah.
Alhamdulillah..sukanya saya..tatkala anak saya sebut " ALLAH YANG BAGI KAKAK INGAT ..." betapa keyakinan pada Allah itu amat penting.. ( ayat itu sering ditekankan oleh Puan Pengetua dulu kpd anak2 muridnya )
Saya terusan amalkan tips itu berterusan dari anak sulung hingga bakal yang bongsu hadapi Isnin nanti. Insha Allah. Malah semasa anak sulung nak STPM dulu pun..meskipun dah mengulangkaji berulang kali..namun keyakinannya terhadap "kuasa Allah" tetap utuh di ingatan. Terima kasih kepada Puan Pengetua yang telah terapkan 1 didikan yg utama dalam diri pelajarnya. Betapa keyakinan kepada Allah adalah 1 keutamaan......Allah Maha Hebat..Maha Sempurna..Tidak pernah tidur dan lupa...
Cubalah amalkan tips mudah ini. Bacalah Kalam kalam Allah walau dalam apa situasi sekalipun..hati yang mendengar dan membaca akan rasa tenang setenangnya..Subhana Allah...saya sudah.....
No comments:
Post a Comment