~ DONUT EXPRESS NANA RUZANNA ~
π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©π©
kenape express? sebab kita tak perlu nak perap sampai berjam-jam dan berkali-kali. lepas uli boleh terus goreng. hasil dia, donut ni memang gebus gabas, montok, debab dan InsyaAllah lembut sampai ke pagi esok. I can eat this all day long without thinking much!π
~ DONUT EXPRESS NANA RUZANNA ~
Bahan-bahan :
- 500gm tepung gandum
- 210ml air suam
- 2 sb marjerin
- 1 sk garam
- 3 sb susu pekat manis
- 2 sb gula
- 11gm mauripan
- sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
- caster sugar (untuk salutan)
Cara penyediaan :
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam. kacau sampai gula larut baru masukkan mauripan. biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung dan garam, buat lubang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan dalam adunan dan uli kesemuanya hingga jadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, kalau tak lembut, masukkan air peti sejuk sikit-sikit dan uli lagi.
5. Roll doh dan tekap guna acuan atau bentuk yang berkenan di hati. acuan sy kecik je. boleh dapat dalam 75 biji. banyak kanπ
6. Dah buat sampai habis boleh goreng terus. tak payah perap-perap dah. kalau nak perap juga, tunggu la 5 minit. nak sedapkan hati. heee...
7. Guna api yang kecil dan pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan donut.
8. Dah angkat, golekkan donut dengan caster sugar. nak dip dalam melted chocolate pun boleh. ikut selera memasing.
9. Donut ni memang gebus, gabas, montok, debab dan InsyaAllah lembut sampai ke pagi esok. tak caya cer try. gerenti korang akan repeat buat lagi, lagi dan lagi. Me, I can eat this all day long without thinking much! enjoy π
Tip nana :
✔️ Ayak tepung untuk dapatkan hasil donut yang fluffy dan ringan. Istilah donut yang sedap bagi sy ialah donut yang lembut, light dan sekali makan mesti tangan takleh berent nak amek lagik. heee...
✔ ️Untuk elak donut serap minyak, masa goreng tu jangan diterbalikkan selalu.
✔️ Donut ni akan mengembang bila digoreng so jangan goreng sekali banyak.
✔ ️Kalau nak frozenkan donut, goreng kejap je untuk matikan yis.
No comments:
Post a Comment