Haa..ni resipi paling pantas nak buat kalau semua bahan memang dah ada dalam simpanan! Resipi ni Mummy ambil dari blog HaSue kat sini http://sue-hasue.blogspot.com/2012/01/resepi-kek-coklat-lembap-chef-zubaidah.html?m=0
Katanya dari Chef Zubaidah.. Memang mudah dan enak (habis Mummy telan 3 biji sekali ngap masa panas-panas)..
Tapi rupanya memang tak cantik..tapi rasanya memang enak. Seperti biasa..Mummy ada durhaka juga masa buat kek ni..namun tetapppp aummm..marvelous!
Ni resipinya:
* 100g Serbuk Koko* (Mummy guna Hersey's)
* 200g Gula pasir* (Mummy pakai 150g)
* 1 tin Susu sejat* (Mummy pakai fresh milk)
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat* (Mummy kurangkan sikit)
* 4 biji Telur
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
(Mummy tambah non sweet choc chips dan tabur di atas cuppies sejurus sebelum membakarnya pada suhu 170C, 25 minit)
Caranya:
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Telur di blend sebentar dengan blender. Masukkan kesemua bahan yang dimasak tadi. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam cawan cupcake atau tuang di dalam loyang. Tabur choc chip jika mahu.
4. Bakar sehingga kek masak.
Cubalah!
No comments:
Post a Comment