Saturday, December 22, 2012

Oh Beruntungnya Anak-Anak Sekarang!

Diam tak diam..2012 dah nak melabuhkan tirainya. Dan..pejam celik pejam celik, tahun 2013 akan menjelma. Bagi ibu ayah yang ada anak2 bersekolah..tentu sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Baju baru.. kasut baru.. stokin baru.. pensil.. pemadam.. pembaris.. buku tulis.. pensil warna..haish! Semuanya la serba baru! Betul tak? Kalau yang demand sikit..beg juga perlu diganti baru! Itu belum dicampur lagi sekolah agama di sebelah petang..

Kadang-kala..terbit rasa syukur bila mengenang bagaimana mak dan ayah membesarkan kami adik beradik suatu waktu dulu. Mak dan ayah kedua-duanya cikgu..gaji tidaklah sebesar mana. Tapi setiap kali hujung tahun..pasti setiap dari kami 4 beradik akan dapat alat tulis baru, stokin, kasut serta baju sekolah yang dijahit oleh pasangan apek dan nyonya tua di stesyen bas bandar "K". Alhamdulillah..keperluan sentiasa mencukupi.

Bila naik ke sekolah menengah..kami bertiga ke sekolah asrama. Mummy di MRSM, Faisal di SDAR & Keh di KYS..cuma Midah peneman mak dan ayah di bandar "K". Namun..rasanya..keperluan peribadi di sekolah asrama lebih menjimatkan pada pandangan Mummy. Contohnya..Mummy sendiri..beg sekolah tak perlu lagi dibeli..sebab buku ditinggalkan di bawah meja. Mana yang perlu shj dikendong balik ke asrama. Buku teks juga tidak perlu di beli..cuma tinggal buku tulis saja. Cuma mungkin di awal Tingkatan 1..duit mak ayah perlu keluar lebih sedikit untuk membeli kamus, baldi, cebok, berus sabut, kasut hitam dan sebagainya..selain bayaran dobi, serta asrama.

Begitu juga Faisal di SDAR..
Keh di KYS..lebih menjimatkan..cuma perlu dibeli seluar dalam, toiletries dan alat tulis sahaja. Baju sekolah, jam tangan, seluar jeans, wang saku dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh KYS..sekarang ini..tak tahulah sama ada masih disponsor anak2 yang masuk ke KYS atau tidak! Untung kan?

Tapi..zaman sekarang..semuanya mahal belaka. Seorang anak..paling kurang RM1000 mesti ada di tangan..itu pun.. ada kawan yang mengadu..belum setengah tahun..beg yang berpuluh ringgit sudah koyak..itu belum kasut yang sudah ketat yang juga perlu diganti menjelang pertengahan tahun.

Walau apa pun..ibu dan ayah..belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pada Mummy, yang paling penting..keperluan anak di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Itu yang harus diutamakan! Pensil, pemadam, pembaris serta buku-buku. Pastikan ianya mencukupi agar anak dapat belajar dengan sempurna. Beg mahal, kasut branded, kotak pensel ada lampu lip lap atau pensel warna sampai 40 batang..itu nombor dua! Atau ibu-ibu..kalau perlu, rambut tak payah la di "colour" hujung-hujung tahun ni..baju glamer sendat sini sana juga boleh ditunggu walau pakcik Jasko, Sogoh, Jekel atau Mak Gulati memanggil manggil dengan jualan murah sini sana. Kalau mampu apa salahnya..tapi dahulukan yang perlu..bezakan antara keperluan dan kehendak.. Pastikan anak-anak mendapat hak mereka..kerana dengan ilmulah kita dipandang mulia.

Kalau kita kerja penoreh, biarlah anak menjadi pekebun moden, kalau kita kerja kerani..biarlah anak menjadi pegawai atasan.. Kalau kita kerja nelayan..biarlah anak jadi usahawan.. Biar anak menjadi lebih baik dari diri kita..hanya dengan ilmu, manusia itu dapat memperbaiki dirinya! Namun, kasih sayang serta didikan agama perlu seiring dan sejalan agar anak seimbang jasmani dan rohaninya. Cara mana? Tepuk dada..tanya selera..

Salam hujung minggu..
Kami sekeluarga sedang menikmati gulai kampung..alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan..salam buat semua













No comments:

Post a Comment