Sunday, January 20, 2013

Karipap! Yeay! Karipap!

Dah lama tak buat karipap (dan Mummy pun tak berapa lulus lesen buat karipap dengan Opah..) Al maklum aje la..orang dolu-dolu..buat kuih muih tak pakai sukatan. Opah selalu kata..masukkan air, uli..hingga dapat konsistensi doh yang sepatutnya.. Haa..mana nak tahu apa yg sepatutnya? Bab ni la yang Mummy fail!

Tapi kini tidak lagi! (hahaha..macam iklan le pulak).. Untuk kulit karipap yang enak, rangup dan tidak liat walau dah sejuk.. dan yang penting..ada sukatannn..sila ikut resipi yang Mummy copy paste dari blog Hasue (mintak izin yaaa ;)
http://sue-hasue.blogspot.com/2012/11/resepi-karipap-rangup-ros.html?m=1

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti kentang
Bahan :
* 5 - 6 biji sederhana kentang
daging cincang dan isi ayam
1 labu bawang besar (saiz paling kecil) dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan daging dan ayam. Kacau seketika.

2. Kemudian masukkan kentang, tambah air hingga hampir menutupi semua kentang yang didadu tadi.
akhir sekali masukkan serbuk kari dan garam. Setelah masak dah inti kering, tutup api dan sejukkan.


Buat Doh Pastri

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai

Daddy juga buat stok utk dibawa ke pejabat. Jadi, Mummy hanya goreng separa masak. Boleh disimpan dalam freezer dan digoreng bila perlu!

Memang resipi pastri karipap ini akan menjadi favourite Mummy!

Selamat mencuba!






2 comments:

  1. Tak dpt faham kerana mengelirukan cara membuatnya.Cuba tuan punya blog baca sendiri dulu di bahagian "Buat Doh Pastri".mana pergi 1. campuran air sejuk & garam, minyak panas di curah ke dlm tepung yg mana lagi adakah tepung yg dah disebatikan dgn majerin tadi?
    2.Air sejuk mana nak curah kat mana? tak lengkap penerangannya.

    ReplyDelete
  2. Maaf Kelebar Tikus!
    Garam ditambah ke dalam air sejuk. Kacau & ketepikan.
    Marjerin digaul dengan tepung.
    Kemudian, tuang minyak panas.. uli.
    Akhir sekali.. tuang air sejuk bergaram yang diketepikan tadi sedikit demi sedikit sehingga doh elok (tidak terlalu keras..dan tidak juga lembik melekat ke tangan).
    Harap dapat membantu utk buat karipap yang sedap! Tq sudi singgah :)

    ReplyDelete