Dah lama tak masukkan entry tempat makan yang best. Dah berkoyan gambar dalam hphone..tapi mood tak ada nak post entry. Ni ternampak gambar masa lunch di Doubletree hari tu..terbayang-bayang keenakan makanan di sana..terus berkobar untuk tulis post ni.
Bagi yang tinggal/ kerja di area Ampang, tentu pernah nampak hotel ni..Terletak di bangunan Intermark di Jalan Ampang/ Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Ampang Park (ada connecting bridge)..tidak sukar mencarinya.
Makan Kitchen terletak di tingkat 11, dan terkenal dengan makanan Malaysia. Atmosfera di dalamnya begitu menenangkan..kaya dengan culture Malaysia yang berbilang bangsa. Sajian dibahagikan kepada beberapa kaunter utama.. Masakan Melayu, Masakan Cina, Masakan India dan beberapa etnik pribumi.
Seksyen masakan India pula dibahagikan kepada India Utara & India Selatan. Terdapat naan (sangat lembut dan enak), tandoori ayam, lamb kofta, fish tikka yang sangat enak. Selain itu, terdapat juga nasi beryani, kadai panner, bendi masala, ayam goreng (berempah? Sangat superb) dan roti canai juga terdapat di sini.
Seksyen masakan Melayu menyajikan nasi campur serta lauk pauk yang beraneka jenis. Selain itu, mereka turut menyajikan ulam ulaman serta pelbagai jenis keropok dan rempeyek. Satey yang disediakan menjadi hits di sekyen ini. Kuahnya cukup perisa dan satey ayam / daging dipanggang mengikut selera pengunjung.
Selain itu, terdapat juga pelbagai mee dan laksa disediakan. Pengunjung boleh menyediakan sendiri mee pilihan atau minta saja dari staf yang bertugas di sana..Jangan lupa untuk mencuba rojak buahnya. Kuah rojak di sini secukup rasa dan sangat umphhh!
Bagi seksyen Cina, pengunjung boleh memilih pelbagai jenis dim sum yang disediakan. Selain itu, terdapat juga herbal soup bagi mereka yang menggemarinya.
Bagi anak-anak, mereka boleh beratur dikaunter ais krim serta memilih perisa pilihan. Selain menggunakan mangkuk, ais krim juga boleh dinikmati dalam wafer kon sekiranya mahu. Jangan lupa untuk meletakkan topping mengikut kegemaran masing-masing.
Jangan lupa untuk mengintai kaunter kuih-muih, kek serta buah-buahan segar yang tersedia. Pasti ada satu yang anda suka. Dan pastinya Mummy dan Daddy akan mengakhiri buffet kami dengan satu mug nescaffe dan teh tarik sambil berborak kosong.
Disebabkan makanan yang enak dan lazat..mohon maaf, gambar makanan tiada dalam catatan.. Al maklum sahaja..letak atas meja..makanan hilang dalam sekelip mata! :)
Salam. Tak pernah pon sampai kat situ lagi...sekarang ni kalau nak pi makan kat hotel, saya segan sikit....my former associates ada merata2 kat semua hotel...segan kalau pi makan pree! Nak bayar, tgk2 bill dah settle! So la ni tak pernah pergi makan kat hotel!
ReplyDeleteUncle..
ReplyDeleteWsalam..
Sorry.. lambat reply..dah lama tak bukak akibat berhibernasi menambah lemak kat badan ;P
Ohhh...kalau Uncle malu..Mummy tak berapa nak malu..meh bawak Mummy & Daddy bila agak2 nak dapat makan pree..heheheh :D (Acah aje tu - iye la..mesti rasa tak berapa best..tambah pulak kalau memang cadang nak datang berkali-kali kat hotel tu)