Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Nismilan!

Resipi rendang ayam ni..adalah resipi harian omak (daddy) di Negeri Sembilan..
Cubalah! 

Ini variasi rendang ayam drp resipi yg sama..cuma last sekali sebelum tutup api..masukkan kacang panjang ke dalamnya.

Bahan-bahannya:
Cili api segenggam kecil
Kunyit hidup seinci
Serai 3 atau 4 batang
Asam keping 2
Ayam seekor
Santan
Garam

Caranya:
Cili api dan kunyit diblend halus..
Kemudian masukkan serai..blend kasar

Masukkan ayam dalam kuali..
Masukkan bahan yg dikisar..
Tabur sedikit garam kasar
Kecutkan ayam biar hingga air hampir kering

Masukkan santan cair secukupnya..
Biar menggelegak
Masukkan asam keping
Masukkan santan pekat secukupnya dan kacau
Biar menggelegak dan boleh dikeringkan jika nak dibuat rendang.
Perisakan dengan garam


No comments:

Post a Comment