Dah lama anak-anak bising..nak makan ayam masak sambal macam rumah Umi (Nursery). Mummy pun poyo kata Mummy tahu masak sambal (tumis)...
Masak...anak2 kata..Mummy punya tak sama macam Kakak Athirah masak! Haish..punya sedap sambal tumis ayam Mummy ni..dikatanya tak sama macam Kakak masak! Wokeyy! Haa..pi mintak resipi dgn kakak!
Last week, Abg Shu'aib balik sekolah..dia pun terus minta mummy salin resipi yg dia dah dapatkan dr kakak..
Ok Mummy..ayam goreng.. pas tu cili kering, bawang besar, bawang putih..pas tu apa tah..shuaib dah tak ingat. Pastu Mummy masak le jadi ayam masak sambal! Ewahhh..resipi pon tak lengkap..camana nak masak?
Baru ni..hari Khamis kot..dia balik sekolah..terus tunjukkan buku conteng dia pada Mummy.
'Mummy, ni la resipi ayam masak sambal! Mummy buat tau!'
Haa..hari ni..Mummy pun masak ayam masak sambal spt yang diminta oleh anak-anak utk makan tgh sblm Shuaib ke sekolah (ganti cuti raya cina tempohari).
Bau masakan ni memang harummm mewangiii...
Makan dengan nasi panas-panas...adik tambah kicap jalen untuk kurangkn pedas...fuh! Laju je anak-anak makan bertambah 2 pinggan penuh nasi! Mummy pun suka...terbabas makan nasi banyak. Adoai!
Bahan-bahannya:
5 ketul peha ayam digoreng dgn serbuk kunyit & garam. Ketepikan.
Bahan di blend- 2 labu bawang besar, 3 ulas kecil bawang putih, 5cili kering, sehiris lengkuas, sedikit halia, sedikit belacan, 1 batang serai, 4 biji lada hitam.
Kacang panjang, tomato 1/2 biji,
2 helai daun limau purut.
Caranya:
Tumis bahan blend.
Masukkan air dan tunggu hingga air kering...(buat 2-3 kali proses ini hingga bahan blend telah masak)
Masukkn ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan garam secukup rasa.
Mummy tambah sedikit gula untuk balancekan rasa cili yang pedas...
Cubalah!
Sayangkan anak2 begitulah...alhamdulillah....
ReplyDeleteayam pepet sambal? pepet tu ape?
ReplyDeleteUncle..
ReplyDeleteitulah, anak2 dah besar..pandai demand nak makan apa (Mummy nyer tak berapa nak pandai bab bersilat di dapur)
Uda Ina..
haaa.. kannn.. soklan cepumas dah kuar!
Tu yang gambar tulisan resipi tu..di'potong' tajuk ituuu.. hahahah..
Memula Mummy pun ingat..eh..ayam penyet kah..
Tapi..memang pada catatan itu ditulis p.e.p.e.'tuttt'...maka..janganlah ditanya maksud itu kerna yang Mummy tahu hanya satu maksud sahaja..kui kui kui..
(Catatan Hari Ini Dalam Sejarah...)