Saturday, March 30, 2013

Instant Moist Choc Cake From Bagus Bakery

Dah agak lama menyimpan tepung kek ini...
Pagi tadi..lepas membeli barang keperluan di pasar tani...
anak-anak mahukan kek..
Mummy terus bersetuju memandangkan ada tepung kek segera yg perlu digunakan secepat mungkin sebelum tarikh luput!
Maka dengan gigihnya Mummy mencari bahan2 lain yang diperlukan..

1 bungkus Tepung kek coklat lembap (Bagus Bakery)
200g telur (bersamaan 4 biji telur saiz M rasanya)
100g air
200g minyak sayuran

-campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati
-masukkan dalam loyang 8"
-bakar 170 C lebih kurang 35-40 minit

Anak-anak membantu Mummy di dapur...
Membaca jarum penimbang,
Mengambil bahan2 dan peralatan,
Membancuh adunan dan menunggu dengan setia di tepi oven sehingga kek masak! Good job boys...

Nota:
Enak dimakan semasa panas bersama ais krim perisa vanila! Yummy!













3 comments:

  1. Siti Aisyah
    Salam kenal.
    Mummy timbang pakai penimbang..
    Kalau dalam cawan Mummy tak pernah la pula try

    ReplyDelete