Thursday, May 9, 2013

Ber-Gwiyomi Sambil Buat Onde-Onde

Hahaha..
Punya poyo berkobar nak buat onde-onde time Ayah Ngah, Mak Ngah & Nazmi datang. Nak nak pulak..dah memang waktu minum petang..

Ewahhh..dengan SUPER CONFIDENTnya.. Mummy keluarkan gula  anau (dari NS)..sambil tu dok minta Daddy tolong potong kecik kecik.. tak per..yang lain Mummy buat!

Masuk tepung...blend daun pandan..tapis air..adun dan uli...
Buat bentuk sebesar guli..tekan ditengah dan masukkan gula..tutup! Masuk dalam  air mendidih..

Err..apasal lama sangat nak timbul eh?

Haaa..timbul punnn...ekk..tenggelam timbul lak dia..

Ok..golek atas kelapa parut yang telah dicampur garam..cer rasa..sedap tak Daddy?
.
.
.
.
Uwekkk! Apasal rasa macam tepung kurang masak? Tepung apa Mummy pakai?

Ala..tepung macam dalam resipi tu la! Tuu..kat atas meja tu...

HAHAHAHAH..INI TEPUNG BERAS! Orang pakai tepung pulut sayanggg...

Hihihi..habis adunan Mummy! Dapat kat anak2 la..puas hati mereka menguli!

Ayah Ngah..sorry aaa..tak merasa air tangan Mummy..lain kali Mummy buat lagi!

Oh..terpaksa la Mummy ber gwiyomi..
Dan kali ni..ada INSPEKTORAT memerhati Mummy..bagi memastikan kuih ikut kualiti..hahahah

Ini resipinya..
Memang sedap. Memang gerenti menjadi..kecuali yang ala-ala 'geng Mummy'..kih kih kih

Mummy belajar dari blog ini..terima kasih ya..(Dari Dapur Siti)

http://www.sitidelima.com/2012/03/buah-melaka.html?m=1

Mummy copy paste resipi di sini

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air - tambah jika perlu
Sedikit pewarna hijau (Mummy tak pakai)
1/2 sudu kecil pandan emulco (Mummy guna 6 helai daun pandan..blend bersama air diatas- tapis)
Gula kabung/Gula melaka - dipotong kecil-kecil untuk inti 
1 biji kelapa parut putih 
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara:

1. Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka.
2. Air dicampur dengan pewarna hijau dan pandan emulco, kacau rata. (Mummy guna air pandan yg telah ditapis)
3. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam tepung pulut dan gaul tepung pulut sehingga adunan boleh digentel.
4. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
5. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
6. Salut buah melaka dengan kelapa parut yang telah dikukus dahulu ( Mummy tak kukus ) dan di campur dengan sedikit garam, gaul rata. Hidangkan.

(Abang suka..tapi dibuangnya kelapa parut diluar...adik? Suka juga..tapi gula pula dibuangnya..
Hahaha..macam-macam anak Mummy)








2 comments: