Tengahari tadi Mummy dan Daddy telah selamat mengundi...
Punya la Mummy tak ready..baru selesai masak lauk pauk untuk lunch..dan tengah memasak inti karipap..tiba-tiba..
"Yangggg...jom pegi sekaranggg!"
Haish! Daddy ni.. Mummy toleh memandang ke arah jam yang tergantung di dinding dapur..
"Hmmm..baru nak masuk pukul 1 tgh.."
Tak sempat nak berfikir..terdengar lagi suara Daddy yang masih lunak merdu..
"Cepat sikittt..time ni orang tak ramaiii.."
Maka..Mummy pun cepat2 tinggalkan inti karipap yang masih menggelegak di atas dapur..permintaan anakanda Suhail dari semalam..pagi tadi..dan semakin frequent bila jam sudah 11 pagi..
"Cepatttttt!"
Hah! Baru sempat nak buang air kecik..suara Daddy dah makin tinggi..hahaha.
Mummy pon apa lagi..terus rembat inner tudung dan 1 selendang...
Zummnn..berlari dalam hujan rintik sambil menyarungkan apa yang patut dikepala Mummy..
Alhamdulillah line tak panjang sangat sebab cuma perlu beratur bermula dari pagar pusat mengundi (tak seperti pagi..yang dah naik turun bukit..orang pun dah nampak macam saiz semut api!). Haa..tapi..walau beratur dari pagar pusat mengundi..boleh bayangkan tak..itu pun sikiiiit lagi nak 2 jam berdiri..baru dapat masuk bilik tempat membuang mengundi! Dasyat tak? Punye ramai orang!
Habis segala tiang dan dinding Mummy landing sebab kaki dah gigil..tak mampu berdiri! Hahaha..orang punya la datang dengan make up bagai..kasut bunga-bunga..Mummy? Wangian asli masakan tengahari yang dah lekat dibaju dan peluh memasak yang tak kering lagi! Tudung pon main letak atas kepala..tapi..jangan marah..sampai2..terus ada orang tegurr..
"Eh! You tak payah beratur kat sini..masuk aje terus kat pagar ikut saluran diberi" Azza Elite youuu! Haaa..ko hader? Hihihi
(lepas tu..nampak Wardina berbaris kat depan..dan Zain Saidin..yang baru selesai memangkah!) Glamer tempat I youuu...
Lain kali..selain payung..wajib dibawa kipas tangan, air mineral dan coklat ye Mummy! Huhuhu..tengok aje la muka tak semenggah Mummy kat bawah ni!
Petang ni tadi...meneruskan misi membuat karipap..order dari anakanda Suhail..
Resipi kali ni..memang patut disimpan! Nice texture bagi kulitnya..jom la cuba!
Mummy google dan mencuba resipi saranan beberapa blogger dari resipi ini:
http://resepianakbapak.blogspot.com/2011/06/kulit-karipap-rangup.html#comment-form
Ini Mummy copy paste ya..
Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung (Gandum)
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi (Mummy tak guna sbb tak de stok)
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin* (Mummy guna butter sbb marjerin dah habiss)
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan.
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
Nota: Selepas doh di uli, Mummy perap doh ni dalam peti ais selama setengah jam, baru keluarkan dan canai.
Dan Mummy ada terbaca..untuk frozenkan karipap tanpa goreng separuh masak terlebih dahulu..caranya...
Karipap yang telah siap dikelim..dimasukkan dalam freezer buat seketika supaya mengeras..kemudian keluarkan..dan susun dalam bekas. Alas dengan plastik jika susun bertingkat. Simpan kembali dalam freezer dalam bekas bertutup.
Selamat mencuba!
undi la di kuale , kul 8.30pg sekejap je, 4 orang saja di depan. Tp kalau saluran warga emas sejam gak menunggu. Mungkin orang segenerasi lambat bangun pagi kot :)
ReplyDeleteTu la!
ReplyDeleteFaisal kata..Datang awal pagi..dalam 5minit dah selesai semua! Hohoho...beruntungnya!