Thursday, May 9, 2013

Wahai cinta hati..belajarlah untuk hidup harmoni!


Moga anak-anak Mummy memahami bahawa kita hidup di sini..
Bukan hanya hidup sendiri..
Buka mata..buka minda anak-anak ku..
Lihat dunia..ada hitam, ada putih, ada merah..jua kuning jingga, hijau biru dan segalanya...

Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;

Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ku ajar hormat.. Ku beri kasih dan sayang..
Ku beri ilmu..gunakanlah akalmu..
Biar petah berbicara, dengan ilmu didada..

Biar suatu hari nanti bisa membelah lautan..
Menyongsong angin..terbang di awan..
Namun akar kuat mencengkam dibumi..tak tumbang tak goyah walau ditelan dek zaman!

Love you both!
Mummy





1 comment:

  1. Ketika bebudak lebih mudah kerana semuanya kelihatan sama. Agree ngan post ni. Peace

    ReplyDelete