Monday, November 30, 2009

Hello semua!

Dah lama tak update blog. Sibuk sikit... sampai Makcik kat Kajang siap sms.... "Sibuk sangat ke...?" Hehehe... jangan salah lak...Makcik Kajang tak baca blog Mummy nih.. tapi dia ada hantar email... Mummy tak jawab... Haa.. hebat2 belaka Makcik2 Mummy... ikut peredaran zaman.. siap ada yang ber Facebook jugak wa cakap lu! Jangan marah ye Makcik.... ini satu PUJIAN.... ;-)

Ni musim cuti sekolah sibuknye ngalahkan time kerje lak. Sampai tak leh nak bukak internet langsung dah 2 minggu. First week cuti sibuk mengemas barang / buat kerja sekolah. Menimbun barang2 kena angkut dari sekolah... meja semua kasi clear. Ada dekat 4 trip kot angkut tah apa2 harta khazanah kat sekolah tu... itu baru meja sekangkang kera... nasib baik tak dapat meja BIG SIZE... kot tak asyik mengangkut harta aje la sepanjang cuti sekolah ni.

Bukannya apa... bilik guru tu nak diruntuhkan... make way for the school office yang kiut miut tu. Hujung bulan 12 ni... angkut balik la harta-harta karun tu ke bilik guru baru. Nanti Mummy amik gambar ye... Dengar khabarnye meja kat bilik baru ni lagi kecik... tah mana la Mummy nak sumbat barang2 ni nanti. For the time being... sumer harta karun Mummy longgok kat rumah..tingkat atas sekali. Bibik...minggu depan kalau datang jangan pengsan tengok barang2 Mummy tu ye... sapu aje la celah2 mana yg masih nampak lantai ... hehehe.

Semalam baru balik dari Kampung (NS). We had a nice weekend + Raya Haji + Mika'il's birthday party. Our boys enjoyed so much! Thanks Mika'il for the cute + yummy cuppies. Terima kasih daun keladi.. lain kali bagi la lagi...

Ok la... tak boleh nak ngomel banyak2... kang kalau Daddy tahu mesti dia marah. Ada kerja yang kena settle siang ni jugak... kot tak kami bakal kena tinggal dek kapal terbang. Daddy... jgn baca blog Mummy ari ni... ;-)       Tak pe... Daddy tak de ari ni... subuh2 tadi dia dah pegi airport... malam kang baru dia balik.

Budak2 Mummy hantar pi Nursery... kena pack barang... amik baju... hantar skirt untuk 'otter' (heh.. macam Otter the sea lion lak)... tipon Makcik Kajang... cari idea sukaneka... minit mesyuarat sekolah tak buat lagi... waduh waduh waduh... gi mana ni? Hati teringin nak gi jumpa kawan yg balik M'sia sat... and of course nak gi shopping since the kids are not around... sempat ke ni weh?

Ok la... sayonara... got to pen off ( or shall I say...keyboard off...hahaha)... esok kami nak pi CUTI-CUTI MALAYSIA..... Catz... Mummy salin tempat2 makan dr blog u... esok nak buat presentation kat Daddy... wakaka... adios....

Tuesday, November 17, 2009

Pengalaman 7 hari di dalam kubur

 Cerita ini saya petik daripada FB Mohd Azahar Bin Awang:

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.
Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.”Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.



Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. “Nazar apa?” tanya si anak. “Begini…semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu. “Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung. “Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu. “Gali kubur? Tapi…bukankah kubur hanya untuk orang mati?” soal si anak penuh kehairanan. “Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya’allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.”

Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.

Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami,” pelawanya penuh sopan.
Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.



Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. “Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf.” “Insya’allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semulaselepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya,lelaki itu pun bersuara. “Dia arwah isteri saya,” kata lelaki itu sayu. “Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana,” jelas si ibu itu.
“Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,”sambung lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu.
“Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.
(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)
=====================
Sabda Rasulullah saw:
“Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah
wanita.”
Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” Rasulullah
menjawab, “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada
suaminya.”

Sunday, November 8, 2009

Which playground to go?

We were planning to go for kite flying @ Kepong but we were stopped by heavy down pour. Daddy had a brilliant idea of searching parks for kids to play around. So off we go running away from dark clouds. After several rounds pusing-pusing sekitar Lembah Kelang... so here we are!

 Yippiii!

 
 "One...two...three!!!"

 
 "Daddy..Mummy... now we can slide on our own!"




 
"Yeayyyy.... I'm braved enough to climb this stuff!"

Cuba teka... where were we?
.
.
.
.
.
.
.
.
KLCC Park?
Nope. It's raining over there...
.
.
.
.
.
.
Near our house?
Nope. Raining also...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
We're at Bukit Damansara playground...
Jauh huh... B-)

???

Abang Shu'aib demam sejak malam semalam. Ganti demam adik ke?
Suhail alhamdulillah dah semakin sembuh. Demam dah tiada... vesikel dah mula mengering. Cuma ada beberapa bhg di kaki & tangan yang masih berair.
Banyak parut yang dah tertanggal... sama ada secara sengaja (digaru) atau pun tak sengaja (sambil main langgar2 dgn abg.. atau masa lap dgn tuala etc.