Wednesday, June 24, 2015

Resipi Ayam Kukus Halia

Bahan2:
Hirisan ayam - semangkuk
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - di hiris memanjang (batang mancis)..
Cili merah - dihiris
Cili hijau - dihiris
Capsicum (merah & hijau) - di baji
Cili padi - sekiranya perlu..campak seketul2
Daun bawang - dipotong lebih kurang 3 cm panjang)
Sikit minyak bijan
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
1/2 cawan air

Caranya:
Gaul ayam bersama bawang, halia, cili, minyak bijan, lada sulah dan garam.
Masukkan dalam non stick pan bertutup.
Tambah air.
Tutup kuali..biar seketika.
Apabila air sudah mendidih..masukkan semua bhn2 lain. Tutup api


Cubalah! 

Sunday, June 21, 2015

Selamat Hari Bapa!

You're so much more than just a "husband". You're a partner in my life that I value more than you know. You're the father of my children whom I've watched love them so. You're everything I hoped for to help in raising a family. You're my husband, my friend, the love that I'll always need. Happy Father's Day!






Monday, June 8, 2015

Muzium? Muzium Negara!

Dah lama Mummy tak ke Muzium Negara. Rasanya dah lebih sepuluh tahun. Hari ni berkesempatan bawa anak anak ke sana.


Sampai kering air liur menjadi penglipur lara kepada anak-anak..daripada cerita pembentukan bumi, cerita kerajaan melayu lama, cerita kepentingan artifak-artifak, kepadalah cerita penjajahan Tanah Melayu, hasil pribumi dan kemerdekaan kita..

Mummy, kenapa Portugis nak jajah Melaka?

Mummy, kenapa org Melayu boleh kalah?

Mummy, Belanda pulak ambik Melaka?

Kenapa kita panggil British untuk tolong kita?

Mummy, kayanya Tanah Melayu..kenapa kita nak bagi orang lain duit kita?

Mummy, eh..sekolah dulu-dulu kenapa kat pondok je?

Mummy..oh lagu tanggal 31 Bulan 8 tu..tarikh kita merdeka la ye? 

Mummy..kita ada orang China, orang India, orang Kadazan dan macam-macam lagikan? Kita boleh sama-sama bagi negara kita majukan?

Ya anak-anak..inilah negara kita.. Sama-samalah kita majukan negara kita..jadikan iktibar dan tauladan dari apa yg adik dan abang belajar hari ini. Kita perlu ilmu dan kita perlu sama-sama berusaha untuk memastikan tanah air kita masih milik kita...