Wednesday, September 29, 2010

Takziah buat rakan

"Dari Allah kita datang... dan kepadaNYA kita kembali"

Masih terasa kesedapan nasi minyaknya.. masih terngiang alunan kompangnya... rasanya seperti baru kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinannya. Walaupun baru setahun melayari alam berumah tangga... namun, Allah lebih menyayangi mu...
Takziah daripada kami sekeluarga buat SS.. moga tabah menghadapi dugaan ini. Moga arwah Sy dicucuri rahmatNYA. Wahai bayi comel yang berganti nyawa... moga membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

Warga SK bagai jatuh ditimpa tangga...
Hari yang sama.. Kak HO juga dikejarkan ke GH kerana mengalami pedarahan. Moga cepat sembuh dan selamat di atas operation yang dijalankan pagi tadi.

Buat rakan M yang juga melalui pembedahan membuang batu karang... get well soon.

Friday, September 24, 2010

Where's my book?

I'm an avid reader during my schooling years. But I've stopped doing so almost five years back when I started my pregnancy. Hmmm.. kinda miss the feelings that we experienced during the readings itself.

Had the chance to bought this book @ the MPH a few days ago.

But where's my book?
Huarghhhhhhhh.........

Monday, September 20, 2010

Nasi Dagang Tanak

Hari tu Daddy minta Mummy masak nasi dagang. Kami  berdua memang menggemari nasi dagang terutamanya nasi dagang terengganu Makcik Gem. Oh! Terasa-rasa keenakannya. Harganya agak premium walau pun kategori kedainya memang langsung tak seswai dengan harga sepinggan nasi dagangnya.

Kalau Hari Raya Aidilfitri @ Raya Haji... Makcik Gem memang akan tutup kedai dan beraya sakan gamaknya. Mana tidaknya... kalau tak tutup kedai hampir sebulan tiap kali raya.. tak ke beraya sakan namanya? ( Hehehe.. Mummy emo sbb tak dpt makan kat kedai Makcik Gem)

Mummy memang mengaku baru nak bertatih dalam bab2 memasak ni. Memang berpeluh dingin kalau disuruh memasak lauk pauk. Kalau boleh.. mahu aje menyorok dalam jamban tak keluar2!!! (Perumpamaan aje ye..bukan cerita betoi bab menyorok nih..).

Nasib baik sekarang ni dunia ICT..semua dihujung jari. Okeh.. nak masak apa? Taip aje...dan klik..haa.. dah ada penyelesaiannya! Mummy jumpa resipi kat blog Makcik Manggis. Resipi asal ada kat sini. Tapi Mummy dah ubah suai sikit resipinya ikut keperluan keluarga. TQ ya CM..mohon copy paste.. memang Daddy dah suruh Mummy tangkap kontrak masak Nasi Dagang dihujung minggu..hehehe.

Mummy buat sempoi aje.. apa yang wajib kata orang.. hehehe... janji ada nasi, gulai ikan tongkol dan acar timun (sama macam kat gerai Makcik Gem... Daddy suka yang begini). Jom tengok resipi yang Mummy buat:

Untuk Nasi Dagang:
2 pot( saiz -160 ml) beras pulut.(Mummy guna beras Cap Floral)
4 pot beras biasa(pot yang sama)* (Mummy guna beras basmati)
3 ulas bawang merah-potong nipis
1 tbsp halba
garam secukup rasa
2 inci halia-mayang halus
1 pot pati santan (gunakan pot beras tadi) dan 4 pot air (CM guna 1:3)





Caranya:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
-Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.
- Mummy tindan tutup periuk dengan ulu lesung batu supaya beras kembang elok.


Dapat nasinya sebanyak ini.. Periuk Mummy saiz sederhana kot..cuba bandingkan ngan saiz botol Maggi granule tu!


Untuk Gulai Ikan Tongkol:



4 keping ikan tongkol- tongkol ada 2 jenis, pilih yang lembut isinya.
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
1/2 paket kecil serbuk kari ikan

1 keping asam gelugur
12 biji cili api - dibuang tangkainya
minyak untuk menumis
Caranya:

Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah.
- Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.


- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.


- Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih, masukkan santan pekat.
  (Kalau rasa pekat sangat.. tambah lagi sedikit air)
- Kemudian masukkan ikan, garam, gula dan asam keping.
- Biarkan mendidih hingga ikan masak, taburkan cili api.






Untuk Acar Timun:


1 biji timun saiz sederhana- dihiris memanjang*
1 biji lobak merah saiz sederhana- dihiris memanjang*
* Mummy sagat dengan penyagat kasar 
Bawang merah - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis memanjang
Gula
Garam
Sedikit cuka (Mummy guna Red Apple Cider Vinegar)
- Campurkan semua bahan dan gaul sebati


Untuk gambar Acar Timun, Mummy lupa nak amik gambar... 
Gambar nasi dagang yang dah dihidang dalam pinggan pun lupa nak ambil... hehehe... hari ni baru teringat..


Selamat mencuba!


Nota untuk diri sendiri:
Sedap... boleh makan tengahari dan malam untuk Mummy, Daddy dan Opah
8-D

Saturday, September 18, 2010

Selamat Hari Raya '10

Salam Lebaran Daripada Kami Sekeluarga...

Erk! Adikkk.. jangan keluarkan bommmm (sila tutup hidung ya kawan-kawan ;)


Alamak! Tunggguuuu!!! Abang tak sempat ke depannnn...


Weeeee......Kihkihkih...


Mummy!! Jangan peluk Shu'aib kuat sangatttttt... hehehe

Okeh... SMILE :-)


Friday, September 17, 2010

Mee Sup Bebola Ikan

Hari tu Mummy dah pernah buat dah resipi ni. Masa tu Daddy tiada (outstation).. Opah ngan Shu'aib pon tiada (balik kg).. tinggal Mummy ngan Suhail aje berdua. Mencari menu yang mudah dan ringkas. Ternampak resipi Hokkien Hand Pulled Noodles dari 3 hungry tummies dan Amy Beh Yong Tau Foo Soup Base. Sedap! Nak pedas tambah la cili potong bersama kicap cair.

Mummy pakai apa yang ada aje.. tak la nak elaborate sangat... janji sedap di makan oleh kami 4 beranak. Since Daddy pun suka clear soup mee... maka inilah hasilnya. Jemput makan...

Wednesday, September 15, 2010

What's cooking?

Let's check what's in Mummy's oven right now.....
Tadaaa.....

Will update later ya!

Ni Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Tebuan kata tuan yang bg resipi ni.. TQ MN ;)
Mmm ... nak buat kek ni mmg sgt sempoi... main campur je... cuma part nak buat gula hangus tu agak tricky sket sbb Mummy tak pernah berjaya lg membuatnya (cehh.. macam la pernah buat gula hangus berjuta kali sblum ni kan?). Dan.. kemanisan kek ni juga ok... tak la tersangat manis, kiranya just nice (haaa... sape yg tengah diet tak payah ler nak berangan makan kek ni... lari diet tu..)

Resipi Kek Sarang Tebuan :

A: (blend aje ngan blender cili tu)
1 sb mentega
5 biji telur

B: (di ayak)
1 cwn tepung
1 sb baking soda

C:
1 cwn gula - dicairkan menjadi gula hangus.. kemudian tambah
1 1/2 cwn air .... kacau hingga semuanya larut & mula menggelegak. Padamkan api. Sejukkan.

D:
1 penutup perisa vanila
1/2 tin susu pekat manis

Caranya:
Campurkan semua bahan dan kemudian tapiskan (spy tiada ketulan dalam adunan tadi).
Lenserkan loyang seperti gambar di atas dengan mentega @ marjerin.

Nota**
Gunakan 2 bancuhan di atas untuk mendapat kek seperti gambar.

Selamat mencuba!

Nasi Minyak



Salam Lebaran buat semua. Hampir 2 minggu Mummy menggantung laptop.. ntah apa2 yang disibukkan! Tadi bila tengok balik gambar kat dalam kamera & hp.. mak oiii ... banyaknye yang belum di kemas kini. Maka banyak juga la cerita yang tertangguh.

Mak tahun ni dah tak berapa cergas dan sihat seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya kali ni.. terpaksalah Mummy gagahkan diri buat-buat rajin dan pandai ke dapur. Hehehe.. kot tak dulu.. jangan haraplah kan? Penyakit 'M' memang la dah ada.. ditambah pula bakat yang tiada... Bab-bab masak-memasak yang tiada sukatan yang jitu memang Mummy surrender. Mana taknya.. kalau ditanya.. garam banyak mana? Mak mesti kata... agak2 je la.... Cili kisar? 2 - 3 susu besar.. kalau tak cukup tambah lagi. Uish! Tak ke pening kepala dibuatnya? Betul tak? Baik le buat kek @ biskut.. sah-sah sukatannya tepat... kalau 2 sudu besar margerin.. memang banyak tu la sukatannya!!!

Mulai sekarang.. terpaksa la Mummy memujuk diri sendiri agar rajin ke dapur ;-) Ada sesiapa yang nak jadi tok guru mengajar Mummy masak? Sila angkat tangan..... hehehe.

Ok la... tengahari tadi Mummy masak nasi minyak.. sempoi je.. main taram. Dulu pernah tengok mak masak..dan pernah juga baca resipi nak buat nasi minyak... so.. kita hentam ajelah ye. Ini utk ingatan Mummy sendiri... respi yang Mummy masak tadi...

Nasi Minyak Mummy....
2 1/2 pot (kecik) beras basmati - rendam 1 jam & kemudian toskan
1 1/2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih
2 biji bwg besar (saiz kcil-sed)*
2 biji bwg putih*
Sedikit halia
* dikisar halus
1 pot (pot yang sama semasa menyukat beras) susu cair + 2 pot air
Sehelai daun pandan, diikat
Minyak sapi untuk menumis
Garam
- Di atas dapur gas, tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau/ kekuningan. (Mummy pakai periuk nasi elektrik)
- masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau bersama bahan tumis.
- tambah campuran susu cair dan air
- masukkan daun pandan dan perisakan dengan garam.
- angkat periuk dari dapur gas dan masak menggunakan elektrik.

Hari ni Mummy makan nasi minyak bersama sambal tumis ikan dan acar buah.

Nota untuk diri sendiri:
- memang best :-)