Tuesday, December 2, 2014

Resipi Ikan Kukus


Ikan siakap
Kredit gambar daripada http://sallesulieman.blogspot.com/2010/07/siakap-sinohong-gelama-ikan-duri.html


Ini masakan sempoi antara yang selalu Mummy masak untuk anak2 sekarang ini. Mana tidaknya..pukul 5 dah kena bersilat masak sarapan pagi dan juga masakan untuk lunch (hingga dinner). By pukul 6 pagi.. Mummy dah kena bersiap untuk pergi kerja.. Haa.. satu jam aje untuk semuanya..

Jadi.. untuk memudahkan kerja.. biasanya ikan sudah dibersihkan pada Maghrib hari sebelumnya. Begitu juga bawang..halia..sudah dibuang kulit terlebih dahulu. Esok tinggal untuk dihiris dsbnya. Sayuran juga Mummy akan siap2 potong mengikut kesesuaian jenis masakan.. esok pagi2..cuma perlu dibilas sahaja kesemuanya :D

Resipi yang Mummy nak tulis ini..asalnya dikukus.. tetapi Mummy telah ubahsuai. Mummy masak berkuah terus di atas api (tidak perlu menumis).. campak bahan2.. haa.. dah siap! Mudahkan?
Mari kita lihat resipinya...

Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap (saiz sed-besar dan dipotong 2.. sebab periuk Mummy tak muat ikan besar2)
1 ulas Bawang besar.. dipotong bulat
1 inci halia.. dihiris
1 btg serai..batangnya dibelah 2..kemuduan diketuk (jika dikukus..serai dihiris tipis)
2 biji tomato (belah 2 atau 4..ikut suka)
Cendawan (ikut suka)
1 btg carrot (kecil-sed.. dipotong baji atau disagat memanjang)
1 btg celery
Sedikit bunga kobis atau apa jua sayuran lain
Daun limau purut
2 biji asam boi
3 biji cili api (diketuk.. nak pedas..tambah lagi)
3/4 sb sos tiram
sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Sedikit sos ikan
Sedikit gula jika mahu.
(Mummy juga guna 2 liter air..sbb Mummy tak kukus..tetapi terus rebus dalam periuk)

Caranya:
Masukkan air dlm periuk.
Tambah bawang, halia, serai, asam boi, sos tiram, kicap dan sos ikan.
Masukkan cili api
Rasakan masam, masin, pedas, manis kuah. (Jika mahu..tambah sikit gula)
Masukkan carrot dan celery. Biar separuh empuk.
Masukkan bahan2 lain dan juga ikan.
Tutup api.
Dah siap!

(Hihihi.. resipi acilat ikan kukus.. sebab nak cepat dan anak2 juga nak kuah banyakkkk)
Selamat mencuba!