Sunday, April 7, 2013

Bebola Donut Senyum & Ikan Bakar Arang Melawati

Entry kali ni Mummy nak berkongsi resipi donut dan tempat makan ikan bakar yg Mummy suka..
Sebenarnya dah lama tak makan dan tak buat donut. Dulu..mak rajin buat sbb tahu anak & menantu suka makan. Kalau time panas2..wahh..memang laju aje telan 5-6 biji sekali jalan!
Masa kami masih berdua..ketika Daddy masih dalam servis, ada jiran yg rajin buat donut. Kak Anja namanya (wife Abang An.. pemandu ambulan yang hebat!)..
Donut beliau lembut, gebu dan manis dohnya.. Dan trademark donut beliau..adalah donut bulat sebesar penumbuk bayi.. Tak pernah sekali pun donut Kak Anja berbentuk spt cincin.
Pernah juga Mummy tanya kenapa..rupanya..sebab anak2 dah menunggu macam anak2 burung! Jadi..siap aje adunan..terus diambil sebesar bola ping pong (Kak Anja ada cara membuat doh bulat melalui celah jari! Hebattt)..terus goreng dalam kuali. Dan anak2 serta suami terus bersedia utk ngap! Kadang kala tak sempat nak golek dalam gula! Resepinya masih ada tersimpan dalam buku Mummy.
Untuk resipi kali ini..Mummy tak pakai resipi Kak Anja..tetapi Mummy try dari MyResipi
http://www.myresipi.com/top/detail/2822
sebab Mummy nak cuba guna breadmaker.. yg tak pernah dipakai utk doh menguli. Tapi sebab nak cepat..ada tetamu nak datang rumah..Mummy tak sukat betul2..hahaha..adunan naikkkk..tapi terlebih 'liquid/ butter'..
Nasib baik boleh diselamatkan dengan menambah tepung hingga doh tidak melekat ditangan!
Okey..ini resipi yg Mummy copy paste ya:

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Donut Mummy gebuuu..dan masih lembut walau pun dah sejuk!
Namun ya ampunnn...bebola donut Mummy merekah..sebab tu namanya bebola donut senyum ya tuan2 & puan2!
Tukang salut gula..si Abang Adik yang tolong...

Haa...ada satu cerita lagi.. Untuk makan tengahari.. Mummy suka makan ikan bakar di Melawati (foodcourt bersebelahan dengan tapak pasar malam)... Ikan bakar..cicah dengan sambal kicap, nasi putih..kuah pajeri nenas..dan sedikit ulam. Wahhh..terangkat! Gerai no B13: Ikan Bakar Arang Mak Yam. Cubalah!