Sunday, February 27, 2011

Jom ke Pasar Tani!


Hari ni Mummy ke Pasar Tani Danau Kota. Mencari barang-barang basah buat stok seminggu.
Apa special nya kat sini ek?
Hmmm.... Kalau nak cari pelbagai jenis siput/ kerang.. insyaAllah ada yang sikit luar biasa dijual di sini (tiada di pasaraya). Lagi satu.. Mummy akan cari MAMAN.
Ni la gerai yang ada jual maman (yang belum dijerukkan). Yang dah siap jeruk...tak derr.. Acik tu dah tak jual dah (gerai lain). Tapi hari ni sebab Mummy sampai lewat... maman yang tinggal dah tak berapa elokkk... hmm.. melepas la nak buat jeruk maman ye!!!

Pusing-pusing...
beli ikan, sayur...

Dan kalau Mummy tak masak breakfast lagi... kami akan tapau makanan dari sini. Mummy rekomenkan CAPATI kat Pasar Tani ni... sedap! Gerainya membontotkan (ops #@%$^) Klinik Danau Kota.. dia siap canai dan masakkan disitu. Kalau datang lambat.. kena beratur ya! ;-)

Nota tentang Shu'aib:
Masih demam.. Pukul 2 ptg ni suhunya 38.9C..
Ya Allah.. moga Shu'aib cepat sembuh.

Saturday, February 26, 2011

Alamakk!

Baru jer tadi Mummy kata Shu'aib ok bila mkn ubat. Last bg..4.30 ptg. 6.30ptg...suhu badannya naik balik. Mummy jelum kepalanya dgn air... Ni dh 7 mlm...suhu bdnnya naik lagi...mesti sms Daddy, tanya apa nk buat...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Demam lagi

Kali ini Shu'aib pula demam. Dari malam tadi. Alhamdulillah setiap kali telan PCM ... panasnya berkurangan. Hari ni saja dah 3x mkn ubat...8 pg, 12 tgh dan 4.30 ptg.

Bacaan suhu bdn...38.2C sebelum Mummy bg PCM ptg ni td. Tu gambar Shu'aib br lepas mkn ubat... duduk dpn tv tgk kartun kt dapur.. muka pon monyok semacam!!!

Tapi alhamdulillah walau pun demam... masih boleh duduk atau baca buku... tidaklah meragam. Suruh makan pun mahu, ais krim pun telan... cuma susu kurang sikit (tp Shu'aib minum banyak air masak). Harapnya mlm ni dia boleh tidur lena...tidak seperti semalam...merengek sepanjang malam.

Adik pula makin sihat... selsema masih ada... tetapi tidaklah seteruk 3hari lepas. Shu'aib juga selsema. Adik juga senang makan ubat. Abang susah sikit...mesti nk Opah bagi...atau duduk dkt Opah..dan baru Mummy boleh bagi.

Daddy...we miss u so much. Muahhhs!!!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, February 25, 2011

Islam Food Since 1950, Hong Kong


Jika anda ke Hong Kong jangan lupa singgah di Kedai Makan Islam Food ini. Terdapat dua buah cawangan yang terletak beberapa blok sahaja antara satu sama lain. Jika ingin menaiki kemudahan awam, cuba google jalan ini (Tak Ku Ling Rd) kerana kedai ini terletak berhampirannya...

Farah AF pernah membuat liputan di ASTRO suatu ketika dahulu tentang kedai ini (tapi Mummy tak tahu pun... sehinggalah Opah ternampak gambar2 Farah AF yang di lekatkan di dinding kedai..hehehe).


Ramai yang menyukai 'Veal Goulash' (sejenis roti seperti kacukan roti boom + murtabak, berinti daging yang sangat juicy) dicicah bersama 'Curry Lamb Chop'. Ok...sedap.

Kiri: Curry Lamb Chop ; Kanan: Stir Fried Garden Green with Mixed Mushroom

Favourite dish Mummy disini adalah 'Fried Noodle with shrimp, squid and fish fillet'. Memang sedap!!
Mee nya tidak pedas (Chinese style la kan.. takkan ader cili api lak ;-) tetapi sangat cukup rasanya.. dan mee nya juga tidak ada rasa pahit dan teksturnya begitu baik. Huhuhu.. masih terasa-rasa kesedapannya!!! Mummy masih belum jumpa kedai di M'sia yg serve mee yang best ni!

Selain itu.. kat sini kalau nak makan nasi.. memang Mummy rekomen sangat-sangat sebab lauk pauknya juga sedap. (Islamic Centre memang kalah kalau nak compare bab lauk pauknya.. bagai langit ngan bumi... ).
Kami juga order Stir Fried Beef with Leek...

... dan makan bersama nasi panas.. habis licin sekelip mata!

Siap tapau mee lagi satu untuk makan kat hotel ;-P

Cubalah!


Nota tentang Suhail:
Hari ni Suhail sihat.. alhamdulillah... dan sudah boleh minum dan makan seperti sediakala. (Selasa dia tak mahu makan dan minum susu juga harus dipaksa)
Malam tadi.. Mummy bg antibiotik dalam pukul 6 ptg dan Pred lebih kurang jam 7.30 mlm. Suhail kata Pred tu "UBAT TAK SEDAP"!!! Harapnya esok pagi Opah boleh bagi Pred sekali lagi diwaktu pagi. Jangan Opah kena main aci kejar sudahlah sbb dia memang tak suka ubat ni ;-P

Wednesday, February 23, 2011

Suhail batuk, selsema & demam juga akhirnya...

Picture credits to Google

Entri ni cuma untuk mengingatkan diri sendiri (dan sebagai rujukan) bila anak-anak sakit.
Sejak Isnin 21.02.2011 Suhail batuk-batuk dengan teruk. Kemudian.. mula datang selsema (running nose).
Selasa pula.. badannya macam dedor (antara nak demam ngan tidak).. tapi bila diambil suhunya.. tidak pernah melepasi 37.2C. Beberapa kali muntah dan terasa nak muntah. Dan disebelah malammya pula... adik tidurnya tidak lena (sepanjang malam). Batuknya lain macam (haa.. yang ni Daddy & Mummy jer yg tahu camana batuk gatalnya itew ;-P ) Nafasnya laju (sangat laju) dan bila Daddy dengar dgn steto. Daddy juga risau.
Subuh 23.02.2011... suhu badannya 37.5C...kahaknya likat. Selsema masih tidak berubah, batuk juga sama. Hmmmmm....

Akhirnya Daddy membawa adik berjumpa Dr Christopher Lim. Diberi nebulizer semasa di klinik dan perlu diberi ventolin setiap 3 jam sekali (2 puff dan 6 kali bernafas menggunakan aerochamber). Selain itu... perlu menghabiskan antibiotik (Cedax 4.2ml once daily - diberi 8.40 malam sebentar tadi) dan Prednisolone 15mg/5ml 2 times daily - diberi 2.40p.m. tadi) untuk 5 hari SAHAJA. Juga dibekalkan dengan PCM syrup.

Setakat malam ni... alhamdulillah keadaan adik pulih dengan cepat sekali. Batuk-batuk jarang kali muncul sejak pukul 3 petang tadi. Running nose masih ada.. demam..hanya tengahari tadi sahaja.
Alhamdulillah!

Sunday, February 20, 2011

Express Tortilla Yang Enak!


Dah lama tak makan tortilla. Nak menyediakannya agak mudah.. anak-anak yang sekolah rendah pon boleh membuatnya. Mummy guna roti capati wholemeal yang ready made (ader dijual di Giant atau mana2 pasaraya- cari kat section roti).. Inti dalam.. terpulang pada individu. Mummy guna sosej untuk tortilla hari ini sebab itu jer yang ada dalam peti ais :)

Bahan-bahannya:
Roti tortilla atau capati (atau apa2 roti yang sesuai)
Sosej yang telah di gril / direbus
Mayonis
Sos cili
Cheese
Daun Salad dan tomato
Aluminium foil untuk membalut tortilla (supaya senang nak pegang & senang nak makan)

Caranya:
- panaskan sebentar roti capati / tortilla atas kuali leper tanpa minyak. Angkat.
- letakkan roti di atas aluminium foil.
- sapukan mayonis dan sos cili keseluruhan roti.
- susun daun salad, cheese, tomato dan sosej
- gulung dan balutkan dengan aluminium foil.
Dah siap!


Sangat enak :)

Thursday, February 17, 2011

Lagi Tentang Felda Hot Springs Resort

Harap gambar-gambar ni dapat membantu bagi mereka-mereka yang bercadang ingin ke sini...
Jom cuci mata di sekitar Felda Hot Springs Resort...





RM170 per room / night


























Selamat beristirehat....

Wednesday, February 16, 2011

Felda Residence Hot Springs Park


Isnin lalu kami ke Felda Hot Spring Resort di Sg Klah, Sungkai. Perjalanan dari rumah ke resort cuma 1jam 40 minit. Kami menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui exit Sungkai. Selepas tol, belok kekiri dan teruskan perjalanan mengikut papan penanda arah yang sedia ada. Tidak sukar mencarinya.

Kami tiba lebih kurang jam 4.45 petang. Check-in dan terus bersiap untuk ke kolam yang ada. Kami memilih kolam air gunung pada hari pertama. Maklumlah...cuaca pun tengah panas.. maka eloklah berendam/ bermain di kawasan air sejuk.

Anak Mummy yang debabs itewww...
Dengan gaya macho-nya memasuki kolam! Phewittt!!!

Pemandangan kolam air gunung.
Ada dua water slides. Ah syoknya!!!

Ecececeeee! Hero Mummy sedang mengurut belakangnya dengan pancuran air..
Macam iklan ler pulak!

Haiii! Selamat datang ke Felda Hot Spring Resort.
Kamilah penyambut tetamu anda... hihihi

Posing ala ala kat pantai obersi.
Boleh?
Apa maknanya tu Daddy...(sila paham maksud tersurat & tersirat ye ;-P)

Ni la kawasan sekitar resort.
Giler besar.. jenuh nak pusing...
Bagi yang datang berkeluarga.. banyak aktiviti yang boleh dilakukan!

Hari Kedua

Kolam Air Panas
Ini kolam kedua yang ada kat sini..
Saiznya kecik sket dari Kolam Air Gunung.
Best! Kami datang pagi-pagi... suam-suam gitew!
Sesuai juga untuk anak-anak...

Adik yang tak nak masuk...
Memula duduk-duduk rendam kaki jer...

V For Victory!
Abang dah tak takut masuk dalam pool!

Hehehe... yay... adik dah berani!!!

Daddy geletek adikkkk....

Abang Shu'ab pulakkkkk....

Opah pon ader...
Adik kena geletek lagiii!!! Hihihi

Ni kat kolam lain.
Saiz agak kecil.. seswai untuk rendam kaki jer..
Tapiii... sebelum celup kaki... baca suhu air dulu ye!
42-52 C anda beraniii???

Ada tempat khusus untuk rebus telur.

Baca ni dulu ye!
Nak telur cemana? Semua boleh.. setkan ajer jam di tangan!
Sendiri buat.. sendiri tanggung aaaa....

Ader bawa telur?
Kalau tiada... jangan risau, boleh beli di sini. Siap ada kicap, bekas dan sudu.
5 biji RM2 Okeh la tu...
Aper? Mahal?
Haa... lu bawa la sendiri telur dari rumah ya!!!

Kat sini kalau nak beli telur, air, nasi lemak ikan masin (RM2 sebungkus)....

Masukkan telur dalam bakul... letak dalam air (kat batu tuuuu)
Dan tunggguuuuuu
(JANGAN LUPA SET MASA)

Kat sini juga ada Taman Terapi...
Ada kolam-kolam kecil untuk duduk riles sambil berendam, ada laluan refleksologi...

Cantik tak pepatung ni?
Purple you!

Ni telur separuh masak yang direbus tadi...
Perfect Daddy!! Bravo!

Makan telur separuh masak bersama nasik lemak..
Uhhh...sedapppp!!!

Pas tu.. rendam balik dalam kolam...
Kot-kot la bulih buang balik kalori!
Hihihi

Memang best bercuti di sini.
Sila la datang....