Saturday, July 19, 2014

Nasi Daging



Alhamdulillah, hari ni dapat masak nasi daging untuk berbuka puasa.
Dah lama teringin nak makan..tapi tak ada resipi.. Mak pernah buat..tapi tak pernah nak belajar.. Lagi satu resipi mak yang teringin nak buat adalah nasi udang!

Resipi ni Mummy copy paste daripada Myresipi (Salwahcm) http://www.myresipi.com/top/detail/593

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi (Mummy guna 5 pot beras)
  • 1/2 kilo daging (Mummy: 1 kg daging)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup (Mummy: 1st mambung tomato puree)
  • 1 cawan susu cair (Mummy: 3/4 pot beras)
  • sedikit garam (Mummy: 1/2 st garam)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak. (Mummy: tomato soup/puree dan susu di ambil kira dengan air daging menjadikan jumlahnya 5 pot nasi dan dimasukkan sekali semasa tanak nasi)
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, cili api, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, sedikit kerisik, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
  9. Makan dengan Dalca.
  10. Daddy tambah dengan ikan goreng (+ bawang goreng, daun kari dan halia)

Superb!