Friday, October 30, 2015

Bread and butter pudding


Recipe to keep!




Mummy juga letakkan bbrp kiub butter di atas campuran roti/susu/telur tadi sebelum dibakar di dalam oven.

Mmg sedap! Cubalah

Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Nismilan!

Resipi rendang ayam ni..adalah resipi harian omak (daddy) di Negeri Sembilan..
Cubalah! 

Ini variasi rendang ayam drp resipi yg sama..cuma last sekali sebelum tutup api..masukkan kacang panjang ke dalamnya.

Bahan-bahannya:
Cili api segenggam kecil
Kunyit hidup seinci
Serai 3 atau 4 batang
Asam keping 2
Ayam seekor
Santan
Garam

Caranya:
Cili api dan kunyit diblend halus..
Kemudian masukkan serai..blend kasar

Masukkan ayam dalam kuali..
Masukkan bahan yg dikisar..
Tabur sedikit garam kasar
Kecutkan ayam biar hingga air hampir kering

Masukkan santan cair secukupnya..
Biar menggelegak
Masukkan asam keping
Masukkan santan pekat secukupnya dan kacau
Biar menggelegak dan boleh dikeringkan jika nak dibuat rendang.
Perisakan dengan garam


Resipi Rendang Ayam/ Daging

Rendang Ayam (atau daging)
http://aziejaya.blogspot.my/2014/05/rendang-ayam-yang-sedap-dan-tahan-lama.html?m=1
Resipi yang sama.. Mummy masak daging qurban tadi 

Ini pula rendang ayam yg dimasak masa raya haji yg lalu menggunakan resipi yg sama. Sedap!

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.