Monday, December 31, 2012

Bubbles!

Ini kes nak pujuk adik..
Abang nak jam tangan..ok, boleh la jugak memandangkan tahun depan dah masuk darjah satu. Jadi..Daddy nak belikan jam tangan yang ada brand..tapi tak mo mahal..mesti bawah RM50!

Punya la mencari..dekat 3 minggu masih belum jumpa! Jam Casio atau Citizen dan seumpama dengannya kat KL ni mahal rupa-rupanya! Habis segala ceruk rantau yg diketahui sudah kami cari. Akhirnya..kami ke Mydin kat Jln Mashid India.

Yeay! Ada! Tapi...tinggal satu aje la pulak!
Oleh itu, adik kami rasuah dengan bubbles. Mak aiii! Pandai pulak tu demand yang mahal! Nasib badan la..kan Daddy? Kuang kuang kuang...



Tuesday, December 25, 2012

Mengidam kek coklat

Haa..ni resipi paling pantas nak buat kalau semua bahan memang dah ada dalam simpanan! Resipi ni Mummy ambil dari blog HaSue kat sini http://sue-hasue.blogspot.com/2012/01/resepi-kek-coklat-lembap-chef-zubaidah.html?m=0

Katanya dari Chef Zubaidah.. Memang mudah dan enak (habis Mummy telan 3 biji sekali ngap masa panas-panas)..
Tapi rupanya memang tak cantik..tapi rasanya memang enak. Seperti biasa..Mummy ada durhaka juga masa buat kek ni..namun tetapppp aummm..marvelous!

Ni resipinya:
* 100g Serbuk Koko* (Mummy guna Hersey's)
* 200g Gula pasir* (Mummy pakai 150g)
* 1 tin Susu sejat* (Mummy pakai fresh milk)
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat* (Mummy kurangkan sikit)
* 4 biji Telur
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
(Mummy tambah non sweet choc chips dan tabur di atas cuppies sejurus sebelum membakarnya pada suhu 170C, 25 minit)

Caranya:
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Telur di blend sebentar dengan blender. Masukkan kesemua bahan yang dimasak tadi. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam cawan cupcake atau tuang di dalam loyang. Tabur choc chip jika mahu.
4. Bakar sehingga kek masak.

Cubalah!

Saturday, December 22, 2012

Oh Beruntungnya Anak-Anak Sekarang!

Diam tak diam..2012 dah nak melabuhkan tirainya. Dan..pejam celik pejam celik, tahun 2013 akan menjelma. Bagi ibu ayah yang ada anak2 bersekolah..tentu sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Baju baru.. kasut baru.. stokin baru.. pensil.. pemadam.. pembaris.. buku tulis.. pensil warna..haish! Semuanya la serba baru! Betul tak? Kalau yang demand sikit..beg juga perlu diganti baru! Itu belum dicampur lagi sekolah agama di sebelah petang..

Kadang-kala..terbit rasa syukur bila mengenang bagaimana mak dan ayah membesarkan kami adik beradik suatu waktu dulu. Mak dan ayah kedua-duanya cikgu..gaji tidaklah sebesar mana. Tapi setiap kali hujung tahun..pasti setiap dari kami 4 beradik akan dapat alat tulis baru, stokin, kasut serta baju sekolah yang dijahit oleh pasangan apek dan nyonya tua di stesyen bas bandar "K". Alhamdulillah..keperluan sentiasa mencukupi.

Bila naik ke sekolah menengah..kami bertiga ke sekolah asrama. Mummy di MRSM, Faisal di SDAR & Keh di KYS..cuma Midah peneman mak dan ayah di bandar "K". Namun..rasanya..keperluan peribadi di sekolah asrama lebih menjimatkan pada pandangan Mummy. Contohnya..Mummy sendiri..beg sekolah tak perlu lagi dibeli..sebab buku ditinggalkan di bawah meja. Mana yang perlu shj dikendong balik ke asrama. Buku teks juga tidak perlu di beli..cuma tinggal buku tulis saja. Cuma mungkin di awal Tingkatan 1..duit mak ayah perlu keluar lebih sedikit untuk membeli kamus, baldi, cebok, berus sabut, kasut hitam dan sebagainya..selain bayaran dobi, serta asrama.

Begitu juga Faisal di SDAR..
Keh di KYS..lebih menjimatkan..cuma perlu dibeli seluar dalam, toiletries dan alat tulis sahaja. Baju sekolah, jam tangan, seluar jeans, wang saku dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh KYS..sekarang ini..tak tahulah sama ada masih disponsor anak2 yang masuk ke KYS atau tidak! Untung kan?

Tapi..zaman sekarang..semuanya mahal belaka. Seorang anak..paling kurang RM1000 mesti ada di tangan..itu pun.. ada kawan yang mengadu..belum setengah tahun..beg yang berpuluh ringgit sudah koyak..itu belum kasut yang sudah ketat yang juga perlu diganti menjelang pertengahan tahun.

Walau apa pun..ibu dan ayah..belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pada Mummy, yang paling penting..keperluan anak di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Itu yang harus diutamakan! Pensil, pemadam, pembaris serta buku-buku. Pastikan ianya mencukupi agar anak dapat belajar dengan sempurna. Beg mahal, kasut branded, kotak pensel ada lampu lip lap atau pensel warna sampai 40 batang..itu nombor dua! Atau ibu-ibu..kalau perlu, rambut tak payah la di "colour" hujung-hujung tahun ni..baju glamer sendat sini sana juga boleh ditunggu walau pakcik Jasko, Sogoh, Jekel atau Mak Gulati memanggil manggil dengan jualan murah sini sana. Kalau mampu apa salahnya..tapi dahulukan yang perlu..bezakan antara keperluan dan kehendak.. Pastikan anak-anak mendapat hak mereka..kerana dengan ilmulah kita dipandang mulia.

Kalau kita kerja penoreh, biarlah anak menjadi pekebun moden, kalau kita kerja kerani..biarlah anak menjadi pegawai atasan.. Kalau kita kerja nelayan..biarlah anak jadi usahawan.. Biar anak menjadi lebih baik dari diri kita..hanya dengan ilmu, manusia itu dapat memperbaiki dirinya! Namun, kasih sayang serta didikan agama perlu seiring dan sejalan agar anak seimbang jasmani dan rohaninya. Cara mana? Tepuk dada..tanya selera..

Salam hujung minggu..
Kami sekeluarga sedang menikmati gulai kampung..alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan..salam buat semua













Saturday, December 15, 2012

Oh muntah!

Eh! Betul! Ini bukan cerita disebalik cerita. Staright forward..terus..lurus! Ini cerita adik yang sudah lembik..tak larat bangun..asyik muntah..kesekian kalinya yang dah tak terkira (haa..ambik ko..Mummy dah tak boleh nak keep track).

Tak tahu apa salahnya..dan apa sakitnya. Bangun pagi..komplen sakit kepala (sambil tunjuk di bahagian belakang ..
Mummy masak nasi lemak pun tak mo..
Telur separuh masak & kicap juga tak tertelan dik adik. Tapi sempat main badminton ngan abang sekejap..

Tgh..dah muka macam itik sudu! Daddy bagi supp voren..mintak2 lepas rest..moga ok.. (Mummy n Daddy lari sat utk beli barang keperluan Opah & lain2)

Sah! Adik demam. Kuat. Muntah..
Muntah.. Muntah.. Muntah..
Abang kol..emergency! Huh?

Demam kuat.. Muntah.. Muntah.. Muntah..
Sampai adik dah tak larat berdiri..
Muntah.. Sangkut dagu kat toilet bowl..
Muntah.. Sangkut lagi dagu kat mangkuk tandas.. Muntah.. Jus gastrik abis keluar!
Muntah.. Muntah..
Sudahnya muntah dalam baldi..
Sangkut lagi dagu kat muka baldi..
Muntah.. Muntah..untuk kesekian kali!

9 malam.. Daddy berkejar ke klinik lagi.. kesian pada adik, Daddy bagi juga ubat bontot tahan muntah! Tak sanggup tengok adik yg dah longlai.. Kalau muntah lagi..sah kami tdo di hospital la jawabnya!











Don't hang up on me!

4.00 p.m..while driving..

(Phone ringing..)
Shu'aib : Mummy! We need you!
It's an emergency! Please come back immediately!
Tut tut tut tuttt..
Mummy: SHU'AIBBBB! (Do not hang up! Haishhh!)

Saturday, December 1, 2012

Hah? Lalu celah lubang?

[Mummy & Daddy keluar dari jam 12 tgh dan berjanji akan pulang ke rumah pada jam 2.30 petang...]

Adik : Hello..Mummy?
Mummy : Ya. Kenapa dik?
Adik : Mummy kat mana nie?
Dah pukul 3 ni.. Kenapa Mummy
tak balik lagi?
Mummy : Jalan jem..dah nak sampai
ni!
Adik : Ohhh! Lain kali..kalau jalan jemmm.. Mummy naik motorsikal je laaa.. BOLEH LALU CELAH LUBANG LUBANG! Zoooom ajer...
Mummy : Hah? Lalu celah lubang?
(Daddy : Ala..adik suruh kita cilok celah
kenderaan..)
Laaa.. Kecik2 dah pandai suruh Mummy & Daddy merempit

Friday, November 16, 2012

Nikmat mana yang mahu kau dustakan..

Amboii! Tajuk entry tak mahu kalah! Rasanya dah lama tak letak resipi kat sini.. Hari ni untuk lunch..Mummy masak ikan masak kicap, makan bersama kimchi versi pedas..dan nasi panas sedikit melekit..makan pulak guna chopstick dan pinjam mangkuk anak-anak..terangkat! Hahaha..

Sejak cuti sekolah..gigih Mummy mencari resipi untuk masak buat anak-anak. Suhail dah 3 hari bising nak masak kicap..semalam..dia komplen..alaa..asyik-asyik ayam..bila nak makan ikan?? Hahaha..ambik ko..sampai jemu Mummy sumbat lauk ayam setiap hari!

Jadi..untuk hari ini..mari kita masak kicap ikan jenahak.. resipi ni petua dari rakan Mummy..memang sedap!!
Resipinya..
4 keping ikan jenahak (Daddy potong lagi kpd 2 bahagian)
-letak garam kunyit..gaul dan goreng
2 ulas bawang besar ( satu dihiris nipis dan satu dipotong bulat )
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
Sedikit halia ( dihiris bentuk batang mancis )
1 cili merah ( dihiris memanjang )
Cili padi ( jika mahu pedas )
1 sudu teh serbuk rempah kurma Adabi ( dibancuh dengan sedikit air )
Kicap Jalen lemak manis ( label oren )
1 sudu teh mambung sos tiram
Daun bawang
Garam mengikut citarasa

Cara..
Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris nipis.
Bila bawang dah kekuningan, masukkan pes rempah kurma dan sos tiram..kacau seketika (naik bau)
Tambah halia..
Masukkan kicap...tambah air jika mahu
Rasakan garamnya..masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan cili merah.
Tabur dengan hirisan daun bawang.

Daddy pulak request nak makan style Korea.. jadi Mummy masak nasi lembik sikit dari biasa.. Makan dengan kimchi (carrot, kobis cina, cili).. Makan dengan chopstik..wahhh! Perasan macam kat Korea la pulak.. Yang bagusnya..disebabkan Mummy terkial-kial nak makan pakai chopstick..yang banyak ditelan adalah ikan dan kimchi..nasi tak tercedok! Hahaha.. sah Mummy akan kurus lepas ni..sbb diet high protein dan less carbo..
Cuba la..

Thursday, November 15, 2012

Hutang yang belum langsai

2012 sudah ingin melabuhkan tirainya.. Satu demi satu sepupu meninggalkan alam single mereka..dan kini Mummy dan Daddy juga sudah mulai cemas..kalau pinjam stethoscope Daddy..sudah tentu boleh dengar degupan jantung yang dup dap dup dap macam orang lepas lari maraton.. atau macam orang yang baru lepas kena kejar hantu..

Waduhh! Duh duh duh..hari kian hampir.. kalau dikira2..tolak kerja..tolak waktu makan, waktu tidur..Mummy hanya ada kurang dari seminggu untuk menyiapkan apa yang patut.. Wah! Mummy giler sibuk mengalahkan menteri kunun! Tapi memang sakit mental..tiap minggu sejak Oktober Mummy ada program..luar kawasan.. dalam kawasan..semuaaa ada!

Hah! Mummy dapat panggilan hangit dari Kementerian.. "Puan, minggu hadapan kena ke "tuuutttt (luar kawasan)" untuk program kita ya.."
Eh! Tak tahu nak tanya2 dulu ke pada tuan empunya diri..risik-risik dulu makcik ni available ke idak? Kot-kot la makcik nih dah plan nak ke bulan..idak ke naya?

"Puan..ini program En Tuuuttt..surat telah ditandatangani oleh TUTTT..Surat akan dihantar selewat-lewatnya Jumaat 16.11.2012"
Errr..ada makcik kesahh? Kannn.. Makcik pon ada agenda tersendiri yang perlu dibereskan..

Ni dah tiga hari tiga malam bertungkus lumus membuang harta yang menimbun dalam dua bilik kat rumah ni. Mak aiiii..baru 6 tahun duduk..harta dah menimbun setinggi syiling! Daddy pulak sibuk mengemas, touch up, menggergaji, mengecat, menghantar dan ter-merosakkan satu dua benda sejak dua minggu lalu..hihihi..syabas Inspektor Shahabbb..anda juga sudah berjaya menjadi seperti tikus membaiki labu.. Ahaks!

Acu..kalau terbaca post nih..agak2 kalau tak terjumpa harta anda bila balik hujung bulan nanti..usah ditanya lagi..semuanya sudah ku humbann kedalam tong sampah besarr! ;P



Tuesday, November 13, 2012

A Gift For U..

Daddy..ni untuk Daddy.. kata adik..
Mana satu Daddy..mana satu Mummy? kata Daddy..
Tuuu..muka Daddy BULAT, Mummy yang kecik sikit tu!
(Hahahahah..Mummy ketawa besar sambil Daddy tak terkata apa-apa ;P)

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 24, 2012

Mummy! Tengok nie...

Sambil Shu'aib senyum sampai telinga..dan rakan-rakan di taska juga menjerit..Mummy! Mummy! Tengok Shu'aib!! Sambil cuba menunjukkan sesuatu pada mulut Shu'aib....
OH?! MANA GIGI? Hahahaha..kata Mummy.
Setelah bergelut dengan gigi yang tak mahu bergoyang macam Inul berdangdut, walau Shu'aib sudah mencuba (takut2) beberapa ratus jam yang padanya macam tempoh penderaan oleh Mummy waktu telan sayur setiap kali 'meal'..walau setiap malam kena 'bebel' supaya goyangkan gigi..ada saja alasan diberi!
Akhirnya.. pengasuh di taska juga yg berjaya mencabut giginya yg dah mula goyang lebih seminggu yg lalu! Tiada doktor gigi...tak payah berabis duit.. cuma benang jahit aje yg diperlukan!
Hihihi..
24 Oktober 2012..hari ini dalam sejarah..Shu'aib hilang satu gigi susunya!

Monday, October 22, 2012

'Lepaking'

Monday Morning..
Not feeling well..
Acu is here..am happy..as well as the kids.. But it's only for a short period of time..

Am reading this..
With a cup of coffee..
Just to unwind..
Go away..the other side of me..
Sigh..

Tuesday, October 9, 2012

When East Meet West (Fettucine Kung Fu)

Bahan2nya:
Fettucine untuk 3 orang - direbus mengikut arahan yg tertera pada paket dan ditos. Didalam mangkuk lain, gaulkan fettucine dengan sedikit kicap lemak manis.
3 sb bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia)
4 ekor udang saiz XL
Sedikit hirisan isi ayam
Sedikit hirisan daging
Sedikit sotong (jika ada)
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah (dihiris nipis)
Sedikit capsicum/ lada benggala
Sedikit putik jagung
Sedikit cendawan (jika ada)
Lada hitam dan lada putih (ditumbuk kasar)
1 sb sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah

Caranya:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, ayam..diikuti udang dan sotong. Kacau
Tambah sos tiram. Masukkan air, lobak merah.. putik jagung dan bunga kobis. Biar seketika.
Tambah cendawan dan capsicum.
Masukkan telur, kacau.
Tambah lada hitam dan lada putih yg ditumbuk kasar.
Tambah garam secukup rasa.
Masukkan campuran tepung jagung & kacau.

Hidang bersama hirisan cili padi (bersama kicap cair) dan bawang goreng.

Untuk dessert..kami makan moist chocolate cake bersama ais krim.
Wallah! Hilang diet Mummy ;P

Monday, October 8, 2012

Tooth Fairy..please stand by

Shu'aib and his wobbly tooth..

He was worried since last Tuesday.. Nearly drown in tears when he told me that something went wrong with his front tooth...
And poor little boy..his Mummy laughed all the way long..teasing him with smirky weird face and not helping at all!

Saturday, September 29, 2012

Long lost world

Alhamdulillah.. we're thankful of what we have..

Sometimes..we should stop, listen and reflect...
.
.
.
.
Before you judged my life,
my past or my character..
Walk in my shoes,
walk the path I have travelled...

Live my sorrow, my doubts,
my fear, my pain..and my laughter...

Everyone has a story..

When you've lived my life..
then...
you can judge me...


Wednesday, September 26, 2012

Asam Pedas Ikan Kerisi Ala Melaka

Pagi tadi rakan dari Zon Bangsar Pudu call.. cerita itu ini begitu begini..sebelum beliau berkejar ke Melaka untuk memberi ceramah. Itu yang tetiba teringatkan masakan Asam Pedas Melaka.

Masa mula-mula kahwin dulu..Daddy bawa jalan-jalan ke Bandar Melaka. Pakcik beca bawa kami dinner somewhere di Kg Laksamana (?).. Set nasi putih, asam pedas, telur masin dan kobis goreng. Simple aje..tapi fuhhh! Siap keluar peluh bagai...berselera betul kami makan!

Petang tadi..dalam gerimis mengundang..gagah Mummy singgah kedai mamak beli telur ayam kampung (mahal rupanya wehhh! 10 biji = RM7.00).. Daun kesom, bunga kantan..

Balik..keluarkan ikan, cili kering yang dah siap blend..bawang etc. Zup zap zup zasss..7malam siap la Asam Pedas Kerisi, telur dadar kosong, ikan masin dan sayur campur. Kat dalam peti ais ada udang masak tempoyak kacau...

Haaa..dengan nasi panas..cuaca sejuk-sejuk mendung.. Daddy pun sampai ..sedang elok aje la untuk dinner bersama2... Haaa..jemput makan! Cuba la... pasti bertambah nasi seperiuk ;D

Resipi Asam Pedas Mummy ambil dari sini:
http://www.myresipi.com/top/detail/723

Ini resipinya:

Bahan-bahan ( 1 keluarga boleh makan )
1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
4 ulas bawang merah-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2cm kunyit hidup-ditumbuk
1 btg serai dititik
3 btg daun kesum (Mummy pakai 12)
1 bunga kantan-dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
1 1/2 mangkuk kecil air biasa
garam dan gula (ikut rasa)
minyak masak
sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)
Mummy tambah 5 bendi muda

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.

Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.

Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.

Masukkan ikan, bendi, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Sunday, September 23, 2012

Yeay! I had my ravioli at last!

Been looking for ravioli ever since I watched AFC..
Alhamdulillah.. I like it so much! Yummy! This one is seafood ravioli.. hmm.. I want it more! Heheheh..
(have to compete with Adik on this..apparently, he likes it as well!)

Sunday, September 16, 2012

Yummy Chocolate Chip Cookies

Suka makan Famous Amos Choc Chips? The kids love it! But.. Mummy selalu bagi alasan kalau diorang suruh beli...first, it's a bit pricey and secondly..it's too sweet for me (and they will eat it in minutes! There gone 100g of Famous Amos with high content of sugars!!)

This recipe is my favourite! The crunchiness..nice chocolaty taste..the sweetness..it's just right!! Emmmm... The best choc chips ever!!! Even Daddy gives his approval..he loves it!! (he doesn't eat d Famous Amos- it's too sweet for him and..he hates chocolate! Heheheh...selamaattt..kurang pesaing utk Mummy ;P )

Okey..here's the recipe which you can find in http://myresipi.com/top/detail/24

Bahan-bahan ( untuk 100 biji )
Mummy convert kepada cawan untuk mudah sukat..
450g tepung gandum (Mummy guna 4 cawan)
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus (Mummy guna 1/2 cawan)
110g gula perang (1/2 cawan)
100g chocolate chips ( Mummy suka dark choc chip / semi sweet choc chip)
3 sudu besar cocoa powder (Mummy pakai brand Hershey's utk rasa yang baik)
250g gajus (panggang dan cincang halus) / Mummy pakai badam cincang - Mummy buat separuh aje sebab adunan Shu'aib tiada kacang..Mummy guna dalam 1 cawan badam cincang)
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara

Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung + baking soda + cocoa powder yg telah diayak, sedikit demi sedikit
Masukkan chocolate chips dan kacau
Mummy bahagi adunan kepada 2 bahagian..
Satu bahagian letak gajus dan satu lagi Mummy biar plain choc chips ajer (Mummy tambah lagi choc chips biar sesuai) dan gaul lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit
Cubalah.. Mmmm..sungguh enak!

Malam ni cuma bakar 2 tray dalam oven kecik.. Esok sambung lagi..
Haa..baki doh hendaklah disimpan dengan baik..balut dengan cling wrap dan masukkan dalam peti sejuk

Groceries list by a new helper

Hmmm...basically, ni la routine harian during weekend..
Hari ni..mangkit lambat. Semalam (Sabtu) dari jam 3ptg, Abg Shu'aib muntah2..non stop. Dia terbaring sampai malam..cuma bangun semasa muntah. Dann..dia lalu telan air masak semata....tapi lepas 5 minit, dijamin keluar semula sampai nak terkeluar isi perut! Sehingga ke pagi..begini la keadaannya. Sampai Daddy letak baldi sebelah tempat pembaringan Shu'aib.
Malam..dia cirit..nasib baik sekali aje.
Tapi makk aiiii.....BUSUKNYAAA!
Daddy siap suruh bukak semua pintu yg ada..pasang kipas (walau pun bilik ber-aircond)..dan kena sembur minyak wangiiii...huh! Kembang kempis hidung Mummy / Daddy yg dah sedia kembang ni...

Breakfast..cuma makan roti dan nutella. Daddy berkejar ke kedai mamak..beli santan (stok dah abis la pulak)... Mummy prepare utk masak nasi lemak. Shu'aib yg order dari semalam.. Anak2 Mummy dah pandai meng-order! Jangannn...siap pandai cakap..contohnya dinner semalammm: "Mummy, kuah mee kari ni banyak minyak la ari ni" Huarghhh! Banyak la ko punye kompelen Dik! Mummy ni lesen 'L' bab masak memasak ni! Huhuhu

Tapi..kalau sambal tumis..Mummy memang terror. Superb! Heheheh..masuk lif tekan sendirik!
Jadi... jam 11 tadi..siap la Nasi Lemak, telur mata dan ayam goreng. Adik mintak lemang dan rendang jugak! Okeh..siappp!

Dah kenyang..Mummy lak nak mengarah ko adik..buleh? Hah..since Abang dah tumbang...meh sini tolong Mummy prepare groceries list..first time Adik yg tulis..selalunya ni kerja Abang..acecehhh..siap tanya Maryam (maid)..apa barang Opah yang nak dibeli. PELASTIK SAMPAH yer Dik? Ok la tu kan dikkk..walau Mummy kena tunggu dekat 40 minit utk dapatkan list tu (he's struggling to spell out those things..)

Jom keluarrr dik! Daddy tunggu rumahh.. jaga Opah dan Abang. Adik n Mummy beli barang ya!
First stop...cuci kereta Mummy. Lepas tu pegi Baguz..Abang Shu'aib nak choc chips macam kat Famous Amos tuuu..meh kita cari bahan2nya..(ntah bila nak buatt)

Balik...singgah Giant..beli barang2 yang adik tulis dari list..pastu balik rumah.
Ops! Sorry dik..lemang lupa nak beli kat Makcik tepi bukit (jalan turun dari UKP ke B.A).. Sabar dik...jangan marah Mummy..Mummy lupaaa.

Lepas tu sibuk pulak mintak Mummy buat es krim Milo..ewahhh..makann aje kan?
Hmmm...Mummy nak rest pulak...
Daddy lak keluar...adik pesannn..dia nak bubur McD dan lemang! Dua-dua adik nak! Kussss semangat..makan aje yang diingatnya ;P

Hmmm lets have some rest..
Zzzzzzzz
Adios

Saturday, September 15, 2012

Al Fatihah Buat Teman

Tiba2 rindu menyapa..
Buat teman, moga aman di sana

MNH
Feb 2012
Pilot/ Interior Designer/ Rakan suka duka
Al Fatihah