Wednesday, October 31, 2012

Missing you..

Wednesday, October 24, 2012

Mummy! Tengok nie...

Sambil Shu'aib senyum sampai telinga..dan rakan-rakan di taska juga menjerit..Mummy! Mummy! Tengok Shu'aib!! Sambil cuba menunjukkan sesuatu pada mulut Shu'aib....
OH?! MANA GIGI? Hahahaha..kata Mummy.
Setelah bergelut dengan gigi yang tak mahu bergoyang macam Inul berdangdut, walau Shu'aib sudah mencuba (takut2) beberapa ratus jam yang padanya macam tempoh penderaan oleh Mummy waktu telan sayur setiap kali 'meal'..walau setiap malam kena 'bebel' supaya goyangkan gigi..ada saja alasan diberi!
Akhirnya.. pengasuh di taska juga yg berjaya mencabut giginya yg dah mula goyang lebih seminggu yg lalu! Tiada doktor gigi...tak payah berabis duit.. cuma benang jahit aje yg diperlukan!
Hihihi..
24 Oktober 2012..hari ini dalam sejarah..Shu'aib hilang satu gigi susunya!

Monday, October 22, 2012

'Lepaking'

Monday Morning..
Not feeling well..
Acu is here..am happy..as well as the kids.. But it's only for a short period of time..

Am reading this..
With a cup of coffee..
Just to unwind..
Go away..the other side of me..
Sigh..

Tuesday, October 9, 2012

When East Meet West (Fettucine Kung Fu)

Bahan2nya:
Fettucine untuk 3 orang - direbus mengikut arahan yg tertera pada paket dan ditos. Didalam mangkuk lain, gaulkan fettucine dengan sedikit kicap lemak manis.
3 sb bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia)
4 ekor udang saiz XL
Sedikit hirisan isi ayam
Sedikit hirisan daging
Sedikit sotong (jika ada)
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah (dihiris nipis)
Sedikit capsicum/ lada benggala
Sedikit putik jagung
Sedikit cendawan (jika ada)
Lada hitam dan lada putih (ditumbuk kasar)
1 sb sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah

Caranya:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, ayam..diikuti udang dan sotong. Kacau
Tambah sos tiram. Masukkan air, lobak merah.. putik jagung dan bunga kobis. Biar seketika.
Tambah cendawan dan capsicum.
Masukkan telur, kacau.
Tambah lada hitam dan lada putih yg ditumbuk kasar.
Tambah garam secukup rasa.
Masukkan campuran tepung jagung & kacau.

Hidang bersama hirisan cili padi (bersama kicap cair) dan bawang goreng.

Untuk dessert..kami makan moist chocolate cake bersama ais krim.
Wallah! Hilang diet Mummy ;P

Monday, October 8, 2012

Tooth Fairy..please stand by

Shu'aib and his wobbly tooth..

He was worried since last Tuesday.. Nearly drown in tears when he told me that something went wrong with his front tooth...
And poor little boy..his Mummy laughed all the way long..teasing him with smirky weird face and not helping at all!