Ini kali pertama Mummy masak mee / bihun kari. Anak-anak sangat suka.. Mummy & Daddy.. in HEAVEN! Haa.. bayangkan kesedapannya.. dengan aromanya yang sangat membangkitkan selera.. wangi jer.. kuahnya walaupun nampak cair.. tapi rasanya.. umph!! Terangkat!!
Kami sekeluarga memang suka mee / bihun kari.. selalunya dulu.. mak yang masak. Mee kari mak.. versi mee kari melayu.. ok.. sedap. Tapi.. bila mak dah tak boleh bergerak lagi.. kami melepaskan rindu dengan makan diluar.. kat The Curve.. yang ni Chinese style.. tempat tu.. macam foodcourt.. setentang dengan kedai cenderamata (barang kiut miut untuk budak-budak dan juga lukisan). Tak ingat nama apa.. jadi jangan tanya ;P They have a great curry mee. We love it!
So.. here's the curry mee recipe.. which has similar taste to the one that we love from The Curve. Mummy
data dapat recipe ni dari sini..http://3hungrytummies.blogspot.com/2009/10/malaysian-chicken-curry-mee.html
Jom kita lihat bahan-bahannya..
Mummy salin dr blog di atas ya..
8 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
Sedikit halia (dalam 3/4 inci)
Sedikit lengkuas (3/4 inci)
1 tangkai serai (ambil bahagian bawahnya yang berwarna putih sahaja)
Sedikit belacan, secukup rasa
2 sudu besar kari daging/ayam (Mummy pakai cap Adabi), tambah sedikit air untuk dijadikan pes
10 ketul potongan ayam-dipotong kecil (Mummy pakai dada ayam 2 ketul, 1 pek fishball, 1 pek set yong tau foo- ada dijual di Carefour atau Jaya Jusco)
Bahan-bahan di kisar halus (kecuali ayam dan air) menjadi pes
Bahan-bahan lain:
Bihun atau mee, direndam dan dicelur
Tauge, dicelur seketika
Bawang goreng
Daun bawang
3 helai daun limau purut, dibuang batang tengahnya
Sekotak krim santan (Mummy pakai brand Harmuni-Mummy pakai tak habis tadi.. sebab nak cair sahaja kuahnya)
Cara-caranya:
Tumis pes kari hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau seketika.
Tambah air.. tambah santan (secukup rasa). Masukkan fish ball dan yon tau foo.
Biar menggelegak. Tambah garam dan daun limau purut.
Di dalam mangkuk, masukkan mee/ bihun,
Taburkan tauge, daun bawang, telur rebus, potongan cili dan limau kasturi.
Tambah kuah tadi.
Selamat menjamu selera...
Published with Blogger-droid v1.6.8