Friday, August 31, 2012

Happy Belated Birthday Boys

Suhail : end of July
Shu'aib : early August
Dua-dua masa Ramadhan yg lalu! Jadi hari ni Mummy buat cuppies kononnya cover yang ari tu! Malangnya adik tak sihat la pulak! Dari 3pagi hingga blog ni ditulis..adik masih muntah2.
(tgh..body temp start shooting up).
Masa sedara datang beraya petang tadi pon..adik muntah..tak sempat nak tadah @ pergi tandas.. jadi apa lagi.. bersemburanlah di ruang tamu berdekatan tangga..
Sian kat orang yang datang..dah la tengah sedap menjamu selera! Sorry ya guys...jangan serik pulak datang!
Cuppies ni Mummy guna resipi kek choc moist yg google kat MyResipi..
Err..tak sesuai utk letak frosting buttercream! Mungkin lebih sesuai guna melted cooking choc atau choc ganache..
Hmmm..got to go..adik muntah lagiii!

Wednesday, August 29, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Masakan simple tetapi sangat enak...terutama dengan nasi panas dan telur dadar. Habis licin nasi satu periuk. Tukang masak cilik makan bertambah sampai 3 kali!

Bahan2nya (4 orang makan):
A:
300g Chicken fillet (dipotong kecil)
Serbuk Kunyit
Garam

B:
5 batang kacang buncis
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah - dihiris memanjang
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
Sedikit halia - dihiris memanjang spt batang mancis (optional)
1 sudu teh sos tiram
Garam
Serbuk Kunyit
5 biji cili padi (dibuang tangkainya). - optional

Cara:
Gaul bahan A. Goreng dan ketepikan.
Tumis bawang. Masukkan sos tiram, halia dan cili padi. Kacau seketika.
Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Tambah sedikit air.
Masukkan kacang buncis, diikuti bahan A tadi. Tambah sedikit serbuk kunyit. Perisakan dengan garam.

Muahhh!


Sunday, August 26, 2012

Nasi Dagang Antarabangsa

Alhamdulillah, Syawal kali ini amat bermakna buat kami. Kunjungan saudara mara tidak putus-putus sejak satu Syawal yang lalu. Mohon ampun dan maaf dari kami sekeluarga kiranya Syawal ini kami tidak dapat ziarah.. moga semua memahami. Namun, rumah kami sentiasa terbuka buat semua yang sudi meluangkan masa..

Hari ini..rezeki yang ada adalah resipi istimewa kegemaran Daddy.. menu yang juga menjadi kegemaran anak-anak. Terima kasih Mummy ucapkan buat Makcik Manggis yang sudi berkongsi resipi (http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/2010/06/nasi-dagang-versi-tanak.html?m=1). Memang mudah dan sangat sedap hingga menjilat jari. Cubalah...

Ps: Sorry, namanya Mummy dah tukar kpd Nasi Dagang Antarabangsa sebab kami sekeluarga kat B.Antarabangsa ni memang amat menyukainya. Mummy dah masak berkali-kali :D

Saturday, August 25, 2012

Nyonya Assam Laksa

Tetiba teringat nak makan Assam Laksa macam kat Jusco Mid Valley..lama dah tak ke sana. Terus google resipi..apa lagi.. semalam kemain pesan ngan Daddy suruh beli barang2.

Angan2 hebatt..hihihi.. walhal seumur hidup tak pernah buat laksa! Aterr..nak ke Mid Valley..entah bila boleh ke sana..gagahkan jugak ler diri mencuba resipi dari sini http://www.foodcanon.com/2011/12/auntie-rubys-penang-assam-laksa-03.html?m=1
dan juga sini
http://blog.seasonwithspice.com/2011/09/penang-asam-laksa-recipe.html

Mainly Mummy guna resipi dari blog yg pertama.. dan jumlah bahan ada yg ikut blog kedua.. dannn..ada juga yg Mummy memandai durhakaaa! Okeh kita tengok resipinya..

Ingredients/ Procedures:
8 Mackerel (Ikan Kembung)
3-4 litres water
5 dried tamarind skins (asam keping)
Salt
1. Boil the fish for 5 minutes.
2. Debone the fish. (Tumbuk kasar- add back to the pot)
3. Blend the heads and bones with some water. Sieves..add back to the pot of simmering stock.
4. Simmer.

Blended Ingredients
1 inch blue ginger (galangal/lengkuas)
3 stalk lemon grass (serai)
1 inch yellow ginger (kunyit)
10 shallots
dried shrimp paste (belachan-sebesar ibu jari kaki)
17 dried chillies
5. Soak the dried chilies in warm water
6. Blend along with the rest of the prepared ingredients into a smooth paste.
7. Add to the broth.

A golf ball of tamarind paste (add with a bowl of water)
7 stalks of laksa leaves (daun kesum)
1-2 stalks of ginger flower (bunga kantan
8. Add the Assam water into the pot.
9. Add the rest of the ingredients to the pot and simmer for 45 minutes.

10. Adjust with sugar and salt, to taste.

Preparing the Noodles
1 packet of rice noodles
11. Blanched the noodles in boiling water for half a minute
12. Add the laksa broth, placing larger pieces of fish on top

Garnishing the bowls
cucumber (julienned)
pineapple (julienned)
red onions (sliced)
mint leaves
ginger flower (diced)
chilies (sliced)
prawn paste (heh kou)
13. Add the garnishes and serve. Alternatively, provide them as self-service at the dining table.

Verdict: nice & yummy!

Ps: I have some problems to sort the pictures.. Heheheh..for the time being.... make a wild guess heh? ;P

Thursday, August 23, 2012

Jumpa Onyang di Hari Raya

Dah lama tak balik jenguk Onyang.. Kampung Onyang tepi bukit, tepi sawah, tepi sungai... damai dan tenang dari hiruk pikuk kota. Onyang tinggal keseorangan menjaga harta pusaka..bukan tidak diajak anak cucu..tapi Onyang tidak mahu..katanya ayam itik, pokok bunga, ikan.. siapa nak jaga..
Kalau Onyang tiada..katanya..ambil la apa yang ada..agih-agihkan la. Tapi jangan berebut anak cucu.. Dan berikanlah penghormatan yang terakhir sebaik yang mungkin semampunya..itu pesan Onyang kali ini...

Ps: tengok la seluar adik.. rock kapakkk.. Koyak dari kiri hingga kanannn

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya

Kita pohon KEHEBATAN,
Allah beri KESULITAN untuk jadikan kita HEBAT...
Kita pohon KETEGUHAN HATI, Allah beri MASALAH untuk diatasi...
Kita pohon KEYAKINAN,
Allah beri ujian untuk memantapkan ILMU & JIWA...
Kadangkala kita tidak dapat apa yang DIINGINI, namun kita sentiasa dapat apa yg kita PERLUKAN..
Salam AIDILFITRI dr Mummy, Daddy, Acu, Abang n Adik

Friday, August 17, 2012

Live From Jalan TAR

We're officially org Key El starting from this Raya I guess. Baru nak terkocoh beli kain baju, pinggan mangkuk, bawang dan segala bagai...
Since I applied cuti Raya on Friday - next Thursday..so here I am.. baru nak mula persiapan Raya. Wish us luck.. Hopefully my two cute guards will survive through out the day..
Belom mula shopping.. bodyguards udah bising sakit perut laparrrr.. HEhehe ( pitstop at KFC Jln TAR )