Sunday, January 27, 2013

Makan Kitchen, Doubletree Hilton

Dah lama tak masukkan entry tempat makan yang best. Dah berkoyan gambar dalam hphone..tapi mood tak ada nak post entry. Ni ternampak gambar masa lunch di Doubletree hari tu..terbayang-bayang keenakan makanan di sana..terus berkobar untuk tulis post ni.

Bagi yang tinggal/ kerja di area Ampang, tentu pernah nampak hotel ni..Terletak di bangunan Intermark di Jalan Ampang/ Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Ampang Park (ada connecting bridge)..tidak sukar mencarinya.

Makan Kitchen terletak di tingkat 11, dan terkenal dengan makanan Malaysia. Atmosfera di dalamnya begitu menenangkan..kaya dengan culture Malaysia yang berbilang bangsa. Sajian dibahagikan kepada beberapa kaunter utama.. Masakan Melayu, Masakan Cina, Masakan India dan beberapa etnik pribumi.

Seksyen masakan India pula dibahagikan kepada India Utara & India Selatan. Terdapat naan (sangat lembut dan enak), tandoori ayam, lamb kofta, fish tikka yang sangat enak. Selain itu, terdapat juga nasi beryani, kadai panner, bendi masala, ayam goreng (berempah? Sangat superb) dan roti canai juga terdapat di sini.

Seksyen masakan Melayu menyajikan nasi campur serta lauk pauk yang beraneka jenis. Selain itu, mereka turut menyajikan ulam ulaman serta pelbagai jenis keropok dan rempeyek. Satey yang disediakan menjadi hits di sekyen ini. Kuahnya cukup perisa dan satey ayam / daging dipanggang mengikut selera pengunjung.

Selain itu, terdapat juga pelbagai mee dan laksa disediakan. Pengunjung boleh menyediakan sendiri mee pilihan atau minta saja dari staf yang bertugas di sana..Jangan lupa untuk mencuba rojak buahnya. Kuah rojak di sini secukup rasa dan sangat umphhh!

Bagi seksyen Cina, pengunjung boleh memilih pelbagai jenis dim sum yang disediakan. Selain itu, terdapat juga herbal soup bagi mereka yang menggemarinya.

Bagi anak-anak, mereka boleh beratur dikaunter ais krim serta memilih perisa pilihan. Selain menggunakan mangkuk, ais krim juga boleh dinikmati dalam wafer kon sekiranya mahu. Jangan lupa untuk meletakkan topping mengikut kegemaran masing-masing.

Jangan lupa untuk mengintai kaunter kuih-muih, kek serta buah-buahan segar yang tersedia. Pasti ada satu yang anda suka. Dan pastinya Mummy dan Daddy akan mengakhiri buffet kami dengan satu mug nescaffe dan teh tarik sambil berborak kosong.

Disebabkan makanan yang enak dan lazat..mohon maaf, gambar makanan tiada dalam catatan.. Al maklum sahaja..letak atas meja..makanan hilang dalam sekelip mata! :)























Sunday, January 20, 2013

Karipap! Yeay! Karipap!

Dah lama tak buat karipap (dan Mummy pun tak berapa lulus lesen buat karipap dengan Opah..) Al maklum aje la..orang dolu-dolu..buat kuih muih tak pakai sukatan. Opah selalu kata..masukkan air, uli..hingga dapat konsistensi doh yang sepatutnya.. Haa..mana nak tahu apa yg sepatutnya? Bab ni la yang Mummy fail!

Tapi kini tidak lagi! (hahaha..macam iklan le pulak).. Untuk kulit karipap yang enak, rangup dan tidak liat walau dah sejuk.. dan yang penting..ada sukatannn..sila ikut resipi yang Mummy copy paste dari blog Hasue (mintak izin yaaa ;)
http://sue-hasue.blogspot.com/2012/11/resepi-karipap-rangup-ros.html?m=1

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti kentang
Bahan :
* 5 - 6 biji sederhana kentang
daging cincang dan isi ayam
1 labu bawang besar (saiz paling kecil) dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan daging dan ayam. Kacau seketika.

2. Kemudian masukkan kentang, tambah air hingga hampir menutupi semua kentang yang didadu tadi.
akhir sekali masukkan serbuk kari dan garam. Setelah masak dah inti kering, tutup api dan sejukkan.


Buat Doh Pastri

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai

Daddy juga buat stok utk dibawa ke pejabat. Jadi, Mummy hanya goreng separa masak. Boleh disimpan dalam freezer dan digoreng bila perlu!

Memang resipi pastri karipap ini akan menjadi favourite Mummy!

Selamat mencuba!






Thursday, January 17, 2013

Err..

Mata sudah bengkak..
Badan juga tak berapa ok..
Hidung dah macam air paip pecah..
Selepas 1 hari 1 malam bertahan...
Ok..saya sudah surrender...
Tata titi tutu..
Selamat malam..

Sunday, January 13, 2013

Shu'aib ke sekolah

Alhamdulillah, selesai sudah urusan anak pertama kami memasuki alam persekolahan. Mummy dan Daddy yang kalut. Al maklum saja la..buku, lencana dsbnya dapat di saat akhir..jadi..urusan menjahit lencana dilakukan di malam2 akhir sebelum sesi persekolahan dibuka.

Nasib baik Daddy memang ada skill menjahit (pesakit - masa student dulu2 & semasa masih berkhidmat) hihihi..memangggg sangat2 berguna! Mummy memang jadi migrain dibuatnya...dok belek lencana..pusing kiri, pusing kanan..belum juga mula menjahit! Daddy dah selesai satu baju..Mummy masih terkial2..hahahah...

Akhirnya..dapat juga jahit...yang paling cantik Mummy buat adalah spt gambar disebelah bawah (kanan)..itu pun setelah peluh dingin mencurah2 dan tahap kesabaran sudah nipis spt kulit bawang.
(Daddy punya..gambar atas (kanan) ;P

Hmmm..naper la tak buat lencana yang 'iron on' aje..kan mudah! 5 baju utk dijahit..huarghhhh! Itu belum lencana kain tanda nama lagi 5 (masih belum diterima dr pihak sekolah) Huhuhu

Pssst: Shu'aib pakai jam baru ( yang Mummy n Daddy pusing serata Lembah Klang utk mendapatkannya... RM49.. harapnya idak le hilang!) ;)