Monday, July 27, 2015

Resipi Nasi Daging (Periuk Noxxa)


Resipi ni ubah suai drp Myresipi (Salwahcm) http://www.myresipi.com/top/detail/593

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 pot beras Basmathi
  • 1/2 ke 1 kg daging (Saya: potong sebesar genggaman baby)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Campuran minyak sapi dan minyak masak utk menumis
  • 1 st (mambung) tomato soup (atau ganti dengan sikit sos tomato secukup rasa)
  • 4 pot air rebusan daging dan 1.5 pot susu cair (atau boleh juga diganti dengan santan)
  •  Garam/ pati kiub ayam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang & daun sup (ditabur atas nasi sebelum dihidangkan)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. (Saya guna fungsi HP 10 min- sbb guna daging batang pinang)
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. (Fungsi Stir Fry)
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas).. Masukkan daging. Campurkan tomato soup dan perisakan dengan garam.
  7. Tutup periuk dan tekan butang HP (5 minit). Keluarkan stim dan biar pd fungsi Warm.. 
  8. Hidangkan Nasi daging..tabur bawang goreng dan daun bawang/ daun sup di atasnya
  9. Sedap dimakan dengan dalca dan air asam.

Air Asam Utara
Bawang besar (hiris)
Cili merah (hiris)
Tomato (didadu)
Sedikit kerisik dan sikit gula

Sedikit cili merah dan cili api, belacan, air asam jawa, garam (ditumbuk seperti buat sambal belacan)
Campurkan semua bahan kedalam bahan2 yg dihiris/ didadu.. Rasakan garam gula dan asamnya.. Biar secukup rasa!

Selamat mencuba

Sunday, July 26, 2015

Happy Birthday Suhail!


You’re wished a day of laughter
and lots of birthday cheer
with good times you’ll remember
throughout the coming year.

Mummy hopes you know this comes to you
with a special loving touch
that every day the whole year through
you’re loved so very much.


Happy Birthday adik...

Be like a shooting star!!!

































Wednesday, July 22, 2015

Doa: Alam Nashrah



Okay, this is adik!

;)

Credit picture from facebook.com/

Saturday, July 18, 2015

Selamat Hari Raya!

Solat Hari Raya di kawasan rumah..
Cuaca agak mendung..depa jalan kaki ja..


Sebab makan dulu sebelum ke masjid..orang dah ramai.. Sembahyang raya kat luar (bawah khemah).. Hehehe


Mummy tunggu Opah kat rumah...

Kami tak kemana..

Family besar Opah Chu datang di awal pagi..
Diikuti oleh Opah Kajang dan family ..
Malam.. Ayah Ngah pula datang..
Hehehe..makanan abis licin utk raya pertama..

Ada soto (boleh makan dgn nasi impit atau bihun).. Ada kuah kacang.. Ada lemang dan rendang..
First time Mummy masak semua juadah raya.. Hehehe, sudah pandai sikit memasak..walau pun berpeluh merasa garam masakan berjuta kali. Al maklum la..dah la memang belum pandai masak..raya ni..masak baaaanyaaaaakkk pulak.. Lagi la tak berapa pandai. Makanya..kem salam la orang2 yg selalu Mummy sub-con time raya..hehehe..tahun ini semua Mummy buat sendiri ;)




Salam Aidil Fitri!!!


Saturday, July 11, 2015

Ayam Masak Halia (Versi Goreng)

Resipi belajar dr internet (FB) dan juga telah dicuba utk menu berbuka tadi..
Sedap! Tapi Mummy dah ubah suai sikit ;)
Tambah cili padi.. Mummy tumis bersama bawang..dan ketuk sikit dalam kuali..
Dan..disebabkan tiada daun bawang.. Mummy tambah lada benggala (hijau)..
Nyum nyum..
Makan dengan ikan kerisi goreng sambal hijau dan masak lemak labu!
Sedappp 😆




Daging Masak Hitam Ekspres (tested and recommended!)

Ada satu lagi resipi yg Mummy dah try..
Senang sahaja bahan2nya..
Cuma resipi ini rasanya pedas-pedas manis.. So kalau suka rasa yg begini..cubalah! Dan sangat mudah!

Juga mummy belajar drp blog yang tertera dalam gambar di bawah:


Rendang Daging (tested and recommended!)

Mummy dah try rendang daging ni..
A hit to my family!
Hehehe.. Mummy mengaku baru belajar masak rendang dan masih mencari-cari resipi utk disimpan.
This is one of it!!! Cuba la!



Mummy belajar drp blog di atas..spt dalam gambar.
Sedap!!!