Sunday, January 31, 2016

Resipi Donut Ekspress Nana

Dapat dr FB

~ DONUT EXPRESS NANA RUZANNA ~
🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩

kenape express? sebab kita tak perlu nak perap sampai berjam-jam dan berkali-kali. lepas uli boleh terus goreng. hasil dia, donut ni memang gebus gabas, montok, debab dan InsyaAllah lembut sampai ke pagi esok. I can eat this all day long without thinking much!πŸ˜‹

~ DONUT EXPRESS NANA RUZANNA ~
Bahan-bahan :
- 500gm tepung gandum 
- 210ml air suam
- 2 sb marjerin
- 1 sk garam
- 3 sb susu pekat manis
- 2 sb gula 
- 11gm mauripan 
- sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
- caster sugar (untuk salutan)

Cara penyediaan :
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam. kacau sampai gula larut baru masukkan mauripan. biarkan dalam 10 minit.
2.  Dalam mangkuk, ayakkan tepung dan garam, buat lubang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3.  Tuang mauripan dalam adunan dan uli kesemuanya hingga jadi doh.
4.  Uli adunan hingga doh lembut, kalau tak  lembut, masukkan air peti sejuk sikit-sikit dan uli lagi.
5.  Roll doh dan tekap guna acuan atau bentuk yang berkenan di hati. acuan sy kecik je. boleh dapat dalam 75 biji. banyak kan😊
6.  Dah buat sampai habis boleh goreng terus. tak payah perap-perap dah. kalau nak perap juga, tunggu la 5 minit. nak sedapkan hati. heee...
7.  Guna api yang kecil dan pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan donut.
8. Dah angkat, golekkan donut dengan caster sugar. nak dip dalam melted chocolate pun boleh. ikut selera memasing.
9. Donut ni memang gebus, gabas, montok, debab dan InsyaAllah lembut sampai ke pagi esok. tak caya cer try. gerenti korang akan repeat buat lagi, lagi dan lagi. Me, I can eat this all day long without thinking much! enjoy πŸ˜‹

Tip nana :
✔️ Ayak tepung untuk dapatkan hasil donut yang fluffy dan ringan. Istilah donut yang sedap bagi sy ialah donut yang lembut, light dan sekali makan mesti tangan takleh berent nak amek lagik. heee...
✔  ️Untuk elak donut serap minyak, masa goreng tu jangan diterbalikkan selalu.
✔️ Donut ni akan mengembang bila digoreng so jangan goreng sekali banyak. 
✔ ️Kalau nak frozenkan donut, goreng kejap je untuk matikan yis.

Hujung minggu menyelesaikan hutang dengan anak-anak

Dah lama Mummy berhutang buat kek.
Tiap minggu dok tanya..
Mummy free tak hujung minggu ni?
Mummy free tak minggu depan?
Malangnya sejak Disember hingga Januari memang sangat sibuk!
Tak boleh nak panggung kepala sikit pun!

Akhirnya..Khamis lalu.. Abang siap bg tau.. 
Mummy, tak apa la kalau sibuk, abang ada resipi sendiri..
Mummy tolong tengok je..lain-lain biar abang buat!
Jumaat..siap pesan, Mummy tak payah ambik abang tau..biar Daddy ambik!
Rupa-rupanya..ajak Daddy pergi beli barang-barang untuk buat kek!
πŸ˜…

So..nak tak nak..hari ni kena buat juga kek anak-anak..
Hentam saja la ya!
Mummy pakai resipi seperti di bawah:
** Sukatan gula (untuk kek) Mummy hanya guna 1 1/4 cawan shj





Saturday, January 30, 2016

Pisang karamel berkastad

First makan ni masa kecik-kecik dulu.
Wan Chik beri masa datang kuale.
Masa tu..fuh! rasa tak cukup je.
Makan sejuk-sejuk memang enak!
Dah lama tak makan pisang kastad ni..
Tadi muncul pulak dlm news feed kat FB..terus save..
Meh ambil resipinya: