Saturday, August 27, 2016

10 kesalahan umum kertas Matematik UPSR

Perkongsian drp ahli group

Sumber Pendidikan:
Assalammualaikum
Kongsikan kepada sesiapa yang ada anak UPSR ataupun Guru Matematik

Top 10 Kesalahan murid semasa menjawab soalan matematik kertas 2.

1. Tulisan tidak jelas dan mengelirukan
Nombor 4 menyerupai 9, 0 menyerupai 7

2. Kesilapan memindahkan jawapan dari ruang pengiraan kepada ruang jawapan.

3. Penggunaan tanda = yang tidak perlu seperti menyatakan nilai digit.

4. Salah dalam penggunaan unit

5. Overdoing dalam pengiraan

6. Miss reading soalan.

7. Gagal memahami pertukaran unit

8. Tidak meletakkan unit pada jawapan.

9. Keliru dengan rumus

10. Calon tertinggal langkah pengiraan akhir

Saturday, August 20, 2016

Muffin Pisang

Olahan resipi drp:
http://fizalgk.blogspot.my/2013/10/muffin-pisang-walnut.html?m=1

Bahan2nya:

Pisang dalam 4 biji (kalau besar ambil 3 je)
Telur 1 biji
Minyak masak 1/3 cwn
Gula perang 3/4 cwn
(campurkan semua bahan sambil lenyek2kan pisang)

Tepung gandum 1 1/2 cwn
1 st baking powder
1 st baking soda
Sikit serbuk kulit kayu manis
Sikit garam
Sedikit Hershey choc chips (semi sweet/ dark choc)
(Semua bahan kering digaul dan dituang dalam bahan basah di atas. Gaulkan seketika menggunakan spatula)

Sedikit walnut/ almond nibs utk ditabur di atas muffin

Masak dalam muffin cup. 180C selama 20 mint
❤️ Yummy