Tuesday, March 2, 2010

Hobi Baru Shu'aib

Hari tu kami ke Kuala Woh. Mummy seperti biasa akan membawa kamera ke mana-mana pun. Kali ni... payah betul nak tangkap gambar. Bukannya apa... dah ada "bayang-bayang" yang sentiasa mengekori ke mana sahaja. Bukan 1..tapi 2!!!

Kita nak tangkap gambar...dia pun sibuk nak tangkap gambar. Abis tu sape yang nak posing anak oiiii??? Kamera zaman sekarang koman-koman pun beratus... bukan macam zaman dolu-dolu... boleh pakai kamera pakai buang yang baru rege 20 hengget!

Anak-anak zaman sekarang memang advance. Kita pakai hp... dia pon nak main hp. Beli hp mainan..dicampaknya aje... ehhh...duit jugak tu tau! Kita pakai laptop..dia pun sibuk nak laptop... siap boleh cakap..."Mummy...tepi sikit boleh? Adik nak buat kerja ni....Nanti boss marah!" Tak padan ngan pelat adik oii! Bila ditanya..."Siapa boss adik?" Boleh dijawabnya..."Daddy la!" Amboiiiii.......Mummy cili kang.... hehehe.

Sekarang ni..camera Mummy pulak yg menjadi rebutan. Ni antara gambar2 awal yang ditangkap oleh Shu'aib:

Gambar kaki Daddy...

Gambar belakang Mummy...

 
Gambar Mak Uda... nampak gigi je sbb gambar gelap!



Yang ni okey sket... cuma ada cahaya dari belakang...

Gambar ni okey gak...sebab Cik Ati tolong Shu'aib.. kot tak.. ada harus muncul gambar kaki jer!

Ni...asal dia teringat jer...dia akan peghosah Mummy atau Daddy utk belikan dia kamera!!! Huhuhu...abis ler terbang duit kami. Suhail lak...walaupun sibuk nak menangkap gambar jugak... tapi memandangkan jari telunjuknya masih belum kuat dan dia masih tak tahu nak pegang kamera... maka..tak de la satu gambar pon yg dia berjaya snap... kui kui kui....



Monday, March 1, 2010

Restoran Sari Ratu

Hadapan kedai


 
 Parking space for the customers

Last month we had our family lunch at Sari Ratu. Kedai dia kat Kelana Jaya... belakang Giant... tak susah nak cari.. Saja makan-makan... dah lama tak keluar makan ramai-ramai. Parking pun tak de masalah... ada reserved parking kat depan kedai. 

Kedai ni menyediakan masakan Padang. Tak banyak beza dengan masakan kita... Kedai amat selesa, berhawa dingin dan mempunyai pelayan untuk menyambut pelanggan dan serve makanan/ minuman. Untuk order makanan.. kena ke kaunter dan order.

  
 Senyum!!!

  
 Ayam pop. Dagingnya lembut..seperti direbus dan kemudiannya digoreng. Dimakan bersama sambal kicap.

  
 Daging tunjang. (atau kita panggil daging tetel..lemak!) Sedap... lembut!

 
 Sayur pucuk paku masak lemak..tak ingat pula apa namanya dlm versi Indonesia..

Sup..untuk anak-anak kami :)


Cendol durian..mak kata sedap!

Es Teller... penuh dgn buah-buahan. Manis sesangat...kena dilute dgn air..baru best!

 
 Yg belah kiri..dah tak ingat nama... tapi sama versi ngan ABC kita.
Belah kanan...jus alpokat.
Tak best...ada tempat lain yg lagi best.

  
 Shu'aib makan ais krim...
Suhail ambil ice cream cake (ni pun tak best)

  
 Nazmi & mama.

Secara keseluruhannya.. makanan kat sini best... rasanya sama spt masakan kita. Insyaallah...kami akan datang lagi!