Sunday, November 28, 2010

Demam Musim Cuti Sekolah

Picture credit to google
Mummy baru je baik demam + sakit tekak... tapi antibiotik masih ada untuk 2 hari lagi. :( Malam tadi lebih kurang 7 malam.. Suhail kata dia demam. Aah..betul pula tu. Ingatkan dia saje je cakap. Sekejap je suhu badannya naik 38.9 C. Bagi supp Voren. Bertahan untuk 4 jam. Hmm...mmg tak jangka dia demam sbb dia tgh menghabiskan antibiotiknya kerana mengalami selsema & batuk yang teruk dan berlanjutan lamanya.

Hari ni juga masih sama. Suhu naik hingga lebih 39 C. Demam muncul tiap 4 jam. Hujung jari menjadi biru dan menggigil. Daddy dah start kan utk makan Augmentine 5ml 2x sehari. Setakat petang ni... dah dua kali muntah. Adik tak respond pada PCM syrup dr klinik (warna oren). It doesn't work at all.. terpaksa sumbatkan juga supp Voren.

Wbgm pun nasib baik bila demamnya kebah.. dia masih boleh makan bubur nasi dan sup. Cuma air je dia tak berapa nak. Petang ni tak tahulah sama ada dia nak makan atau tidak. Buat sementara ini.. dia masih tidur. Semenjak pukul 3.30 petang tadi..dia baring-tidur-jaga-tidur-jaga-tidur. Harapnya dia respond pada antibiotik yang diberi. Amin

Monday, November 22, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi

Pejam celik pejam celik.. cuti seklah dah datang lagi. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya baru lagi Mummy & Daddy menghantar Shu'aib ke sekolah. Dah setahun rupanya! Tahun depan Suhail pula ya ;P

Hujung Oktober dan awal November merupakan hari-hari yang sangat sibuk buat Mummy. Dengan menanda kertas periksa... kemudian perlu terkocoh-kocoh mengisi borang analisa (nasib baik bukan guru kelas.. kot tak.. pengsan!)... dengan Hari Anugerah Cemerlang.. dengan sibuk nak cuti Raya Haji... ishk.. tak sedar masa berlalu dengan pantas. Masa Raya.. baru boleh berehat panjang.

Kami mengisi waktu senggang dengan ke taman permainan / taman bunga di sekitar Lembah Klang. Dan.. kami juga berkesempatan untuk ke Taman Burung, KL. Bayarannya RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.

(Hmmm... tak boleh upload gambar le pulak... )