Friday, May 6, 2011

Cafe Istana Budaya

Hehehe.. senang-senang ati ajer Mummy kasi nama! Tapi memang betul.. tadi bos Cik S ajak pegi melawat kawan sekerja yang dimasukkan ke wad. Balik dari wad.. dia ajak pegi makan kat Istana Budaya. Seperti biasa.. Mummy bukan tahu jalan! Bos yang tak de kereta lagi terror!

Masuk je.. lepas naik tangga.. boleh nampak pintu ni. Ops! JANGAN masuk sini!

Pandang kiri.. ada ramp.. haa.. naik ramp ni..

Dah jumpa cafe ni..

Makanan ada banyak.
Pelbagai jenis lauk pauk Melayu ada di sini. Hari ni.. ada juga nasi kerabu...dan mee sup.

Selain itu.. ada pelbagai kuih-muih Melayu. Kami mencuba cucur bawang. Enak juga.. 5 ketul RM1.00 (terasa ikan bilisnya.. sedap dimakan panas-panas).

Suasana dalam kafe adalah sangat selesa. Ada air cond. Boleh juga makan di meja luar jika mahu.
Harga.. sederhana.

Apa lagi.. jom la cuba!

Tuesday, May 3, 2011

Restaurant Fresh Unique Seafood 23, PJ

Hari ini mari kita lihat kedai makan yang menghidangkan makanan laut segar. Mummy pernah makan di Kota Kinabalu, Sabah... dan kali ni.. Mummy nak share kedai di Petaling Jaya.

Kedai ni terletak di Seksyen 13 PJ (lihat bawah untuk alamat penuh)... Dipintu masuk (kiri) ada digantung gambar-gambar orang kenamaan yang pernah makan di sini.. termasuklah bekas PM kita.. YAB Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Dr. Khir Toyo dan ramai lagi.. Oh! Don't worry.. orang yang tak ternama macam Mummy ngan Daddy pon boleh makan kat sini.. cuma muka tak mungkin di 'frame' kat dinding la kan ? Hihihi...
Pintu masuk.

Suasana dalam kedai.
Kalau datang ke kedai sebegini.. mula-mula pilih makanan laut yang digemari... contohnya kami memilih fresh water prawn (ambil la berapa yang nak) dan ianya akan ditimbang.
Kemudian.. pilih cara masakan yang anda mahu (lihat menu atau minta cadangan dari waiter)..
Kali ini Daddy minta fresh water prawn yee mee. 
Deretan makanan laut yang ada.







Ini dia hidangan kami..
Sedap dimakan bersama hirisan cili api.




Habis licinnn.. sedappp!

Selamat menjamu selera!


Restaurant Fresh Unique Seafood 23, PJLot 9B-3, Jalan Kemajuan, Section 13,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603. 7960 2088/2066
Business hours: 
11.45am to 2.30pm / 6pm to 10.30pm