Sunday, June 12, 2011

Packing..

Mode: Busy..
Packing apa yang patut. Anak-anakkk.. tido dulu ya di petang-petang begini! Mummy sibuk nak mengemas n pack harta benda. Yang nak masuk hospitalnya sorang... tapi kena pack untuk 4 orang...

Beg besar bangat.. adik pon muat kalo tido dlm ni..
Ni tak kira lagi satu bakul susu..
Satu plastik bagak isi 'Toto" atau.. kitorang panggil "LIHAP".. er.. nama kat kedai dobi adalah 'comforter' ye tuan-tuan / puan-puan ;P

Adik dari semalam asyik tanya ...
"Daddy.. bila kita nak pegi hospital?"dengan mode excited.
Ececeyyy... ingat boleh bergumbira kat sana ke dik? Tak pe.. Daddy dengan sabarnya menjawab..
"Belum lagiii.. esokkk"
"Belum lagiiiii... malam karangggggg"
Semalam jugak.. the two boys had a hair cut. Of course dengan Aunty cantik itu.. orang lain tak mo!!! (Baca : MAMAK) Hehehe
Lepas gunting.. adik kata...
"Daddy.. nanti bila doktor tengok rambut adik, dia mesti kata adik encem!"
Hihihi... iye aje la dik... hari Isnin nanti.. Mummy nak tengok.. doktor tu baik ke lagi dihati adik ...

Sabtu.. daddy buat ikan n udang bakar. Mummy sediakan sambal kicap.. 2 ketul ikan pari, 2 ekor ikan talapia dan sepinggan udang laut. Ada ulam-ulaman.. sayur kobis + sawi masak lemak dan ubi keledek bakar.

Dua orang budak yang tak menyempat. Abis seketul ikan pari diratah begitu saja.

Lunch semalam. Licinnn. Tapi budak berdua attack ikan pari je.. ikan satu lagi diorang tak mahu. Hehehe.. kot tak.. Mummy ngan Daddy kena telan ulam aje la..

Hari ni... Makan nasi n sup ayam. Adik jugak mintak donut. Tadaaaa...
Empat adik n abang punya.. dua lagi.. Daddy punya! Adik n abang suka yang dua atas kiri tu!

Makan la puas-puas dik.. malam ni kita check in kat hospital. Adik kena puasa mulai 2 pagi.. 8.20 pagi dijangka ke bilik pembedahan.

Ya Allah.. hanya kepadaMu kami berserah...

Friday, June 10, 2011

Paeds Surgeon, Ampang Puteri

I don't have any mood to blog. They say a picture is worth thousand words...



Adik paksa Mummy posing.. sebab dia dah syok main kamera kat hp Mummy. Ni first time dia boleh usik / main hp Mummy.. kasi can kan adik?
(Ni Mummy dah crop bawah n kanan. Gambar blur la adik!)
Bak la hp Mummy tu adikkkk!
(adik jugak yg tangkap gambar ni.. Mummy dah potong sket kiri, kanan, atas n bawah ;P)


Doktor kata size does not matter. Cuma kalau adik complaint sakit.. maka kami perlu terus bawa ke hospital.
Bagi kes sebegini, doktor akan terus menyarankan pembedahan dalam masa yang terdekat.
Adik perlu di masukkan ke wad paediatric selapas Maghrib hari Ahad 12 Jun 2011. Berpuasa mulai 2 pagi dan insyaAllah pembedahan akan dijalankan pada 8.30 pagi Isnin 13 Jun.

Adakah adik akan terus di sunatkan/ berkhatan?
Tidak.. kami memilih untuk tidak melakukannya. Lagi pun.. kata doktor.. selalunya luka pembedahan hernia akan sembuh dahulu (2-3 hari) berbanding luka berkhatan (7 hari). Lagi pula.. it's easier to do it together with Abang.. tak perlu kami nak explain panjang lebar lak kat Shu'aib 5-6 tahun akan datang.. hihihi.

Doakan adik ya!