Thursday, December 22, 2011

Putu Bambu / Putu Buluh Pak Wan


Lokasi: Batu Muda ( Berdekatan dengan Masjid / Kedai Makan Ayam Dara / Kedai Makan Highway Bistro )

Harga : RM2.50 sepeket ( 5 ketul )

Waktu operasi : 9.30 pagi - 5.00 ptg

Nota : Sedappp bg rate KL.. gula yg dipakai mcm kat kampung.. putunya juga lembut walaupun telah sejuk :)

Selamat mencuba
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, September 15, 2011

Petua jika kehilangan barang

Mummy selalu kehilangan barang. Bukanlah hilang dalam erti kata sebenar.. tapi tersalah letak... bila cari.. tak jumpa! Pernah dulu.. gelabah sebab ic hilang.. puas mencari..selongkar sana tak jumpa.. selongkar sini pun tiada. Siang malam jenuh recall kat mana ek barang tu?

Baru-baru ni.. kami iftar dan qiam bersama2 rakan sepejabat di sebuah tempat semasa Ramadhan lalu... nak dijadikan cerita.. seorang rakan kehilangan barang. Puas mencari serata kawasan namun hampa. kebetulan Ustaz (al hafiz) yang dijemput bersama2 untuk mengimamkan solat, terawih dan qiamullai lalu dihadapan bilik. Inilah petua yang diberi oleh ustaz berkenaan:

1. Berdiri di mana-mana muka pintu.
2. Baca

              Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

                           إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 
   sebanyak 41 kali         

Insyaallah.. hati kita akan tergerak untuk menemui barang yang dicari.