Monday, December 31, 2012

Bubbles!

Ini kes nak pujuk adik..
Abang nak jam tangan..ok, boleh la jugak memandangkan tahun depan dah masuk darjah satu. Jadi..Daddy nak belikan jam tangan yang ada brand..tapi tak mo mahal..mesti bawah RM50!

Punya la mencari..dekat 3 minggu masih belum jumpa! Jam Casio atau Citizen dan seumpama dengannya kat KL ni mahal rupa-rupanya! Habis segala ceruk rantau yg diketahui sudah kami cari. Akhirnya..kami ke Mydin kat Jln Mashid India.

Yeay! Ada! Tapi...tinggal satu aje la pulak!
Oleh itu, adik kami rasuah dengan bubbles. Mak aiii! Pandai pulak tu demand yang mahal! Nasib badan la..kan Daddy? Kuang kuang kuang...



Tuesday, December 25, 2012

Mengidam kek coklat

Haa..ni resipi paling pantas nak buat kalau semua bahan memang dah ada dalam simpanan! Resipi ni Mummy ambil dari blog HaSue kat sini http://sue-hasue.blogspot.com/2012/01/resepi-kek-coklat-lembap-chef-zubaidah.html?m=0

Katanya dari Chef Zubaidah.. Memang mudah dan enak (habis Mummy telan 3 biji sekali ngap masa panas-panas)..
Tapi rupanya memang tak cantik..tapi rasanya memang enak. Seperti biasa..Mummy ada durhaka juga masa buat kek ni..namun tetapppp aummm..marvelous!

Ni resipinya:
* 100g Serbuk Koko* (Mummy guna Hersey's)
* 200g Gula pasir* (Mummy pakai 150g)
* 1 tin Susu sejat* (Mummy pakai fresh milk)
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat* (Mummy kurangkan sikit)
* 4 biji Telur
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
(Mummy tambah non sweet choc chips dan tabur di atas cuppies sejurus sebelum membakarnya pada suhu 170C, 25 minit)

Caranya:
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Telur di blend sebentar dengan blender. Masukkan kesemua bahan yang dimasak tadi. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam cawan cupcake atau tuang di dalam loyang. Tabur choc chip jika mahu.
4. Bakar sehingga kek masak.

Cubalah!