Tuesday, July 12, 2016

Resipi Pulut Jagung Kukus

http://periuktanah.blogspot.my/2010/06/ketupat-pulut-jagung-manis.html?m=1

Mummy copy paste dr url di atas.
Resipi utk simpanan masa hadapan ;)

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat daripada 1 biji kelapa- pastikan kelapa yang dimesin putih sahaja supaya rupa pulut tidak lebam. Kalau beli santan pekat dah siap tu, jangan masukkan hampasnya..
sedikit garam
1/2 cawan jagung manis- yang dipeket atau jagung segar dihiris. (boleh tambah kalau suka lagi banyak jagung

*** sedikit gula jika nak rasa macam ketupat manis pantai timur- K.An tak letak sebab dah ada rasa jagung manis.

5-8 helai daun pisang berukuran 7 X 8 inci- dilayur terlebih dahulu
*** boleh guna daun palas jika ada

tali rafia untuk mengikat

Cara membuatnya:

*** Boleh Rujuk juga di 'Entry' Pulut Pasong

1. Masukkan pulut, santan, garam dan jagung ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa hingga masak. Biar suam-suam sedikit sebelum dibalut.

2. Sediakan daun pisang. Sendukkan pulut ke atas daun pisang. Padatkan seperti membuat lopes. Bentukkan silinder dan gulung kemas.

3. Ikat bahagian tengah. matikan ikatan dan potong tali. Padatkan di kedua hujung daun pisang. Ikat kemas setiap satu. Buat hingga habis pulut.

4. Panaskan kukusan. Susun ketupat di dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit. Matikan api dan angkat ketupat. Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday, June 14, 2016

Resipi bubur candil/ bubur tepung pulut

http://resipicitarasawan.blogspot.my/2014/08/bubur-tepung-pulut-bubur-candil.html?m=1 Resipi drp sini :)
Untuk anakanda adik

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
pewarna jika suka
2 liter air untuk merebus
1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)

Bahan Kuah
800ml santan
100gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
1. Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
5. Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
6. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.