Saturday, January 11, 2020

Adik dan sekolah baru


Pejam celik pejam celik, akhirnya dah tiba masa untuk mommy dan daddy tinggal berdua. Adik dah naik Tingkatan 1 tahun ni.

Alhamdulillah, adik akhirnya memilih sekolah sama dgn abang (yang kini Tingkatan 2). Memula cuak juga mommy sebab adik teringin masuk ke sekolah di utara (sikit dr KL). Kalau adik pilih sini, maknanya..banyak yg mommy daddy kena bergerak sendiri berasingan. Kena osom siapa ambil adik, siapa yg ambil abang. Nasib baik di suatu hari..sebelum tarikh pendaftaran.. adik kata..adik nak terima tawaran sekolah abanglah! Adik dah study dan survey tentang semua sekolah-sekolah tu (yang dapat offer).. adik rasa sekolah abang juga yang paling baik utk adik. Alhamdulillah, mommy dan daddy sokong sahaja.. Janji adik sendiri yang nak bersekolah di sana.

Nampaknya adik seronok sepanjang seminggu orientasi ini. Cuma muka, tangan, badan penuh kesan bengkak digigit serangga (tak tahu apa). Dagu pun dah panjang sebelah 😂. Rugi pula tak ambil gambarnya tadi. 

Tadi kami singgah, adik..ada baju kotor yang perlu mommy dan daddy cuci ke? Eh tak payah. Adik dah basuh semuanya. Ada baju yang adik dah iron juga, cuma belum selesai semuanya lagi utk di iron.
Alhamdulillah,  anak mommy daddy hidup berdikari.

Cuma..adik nak sikit duit lagi ya! Duit adik dah abis beli barang di koop dan beli air, beli makanan di kantin. Hahaha.. Mana janji adik nak simpan duit tiap2 minggu? Oh selamat la impian ke Korea ya dik 😜 (nanti mommy cerita bab angan-angan ke Korea oleh anak-anak)

Wednesday, September 4, 2019

Doa Buat Anakanda Yang Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum wbt

Anakanda Suhail dan rakan-rakan tahun 6 akan menduduki UPSR pada 4, 5, 10 & 11 September 2019.

Dengan rendah hati, saya mohon maafkan segala salah silapnya, halalkan segala ilmu, makan minum selama hayatnya dan doakan agar anakanda Suhail serta rakan2 berjaya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya semoga segalanya akan dibalas dengan redha dan kurnia pahala dr Allah. 

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,

Kurniakanlah kepada anakanda kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari,  kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah.

Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan,  Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haqq

Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anakanda kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa,  Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka. 

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Dan moga segala pengorbanan yg anakanda buat untuk kami sekeluarga... Menjadikan ia asbab untuk anakanda berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat masuk asrama seperti mana hasratnya..

Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan)

(Doa Asmaul Husna adaptasi dari
U.Asma' binti Harun)