Hari ni adalah hari ke lima Shu'aib tak pakai diapers (kecuali waktu tido).
Umi yang start. Katanya.. utk permulaan setiap setengah jam kena suruh dia ke toilet & buang air kecil. 15 minit selepas mandi... juga kena ke toilet. Umi kata... minggu depan dah boleh dijarakkan sela masanya kepada 1 jam sekali.
Urmm.. mummy ngan daddy tak tahu pun pasal perkara ni. Ari tu ada la beli toilet seat untuk Shu'aib. Tapi.. tiap kali duduk situ mesti tak keluar satu apa pun ;).
Hari Rabu ari tu opah yg jg Shu'aib (sbb demam). Opah terkena la juga. Shu'ib ckp dgn opahnya yg dia nak .... (kencing) dan nak .....(berak). Opahnya kata.. "kan tadi baru kita pegi kencing? Pagi tadi pun bukan ke Shu'aib dah berak banyak?" Bila opahnya pandang Shu'aib sekali lagi... dah banjir kerusi & lantai dgn air .....(k). Bila opah tanggalkan seluar.. hehehe.. seketul "kuih" jatuh. Opahnya tersenyum lebar aje la sbb cucunya kan dah bg tahu!!!
Setakat ni progresnya amat memberansangkan. Hari pertama dan kedua ada la terbocor sekali atau dua kali sehari. Yang lain tu alhamdulillah... Keep up the good work Shu'aib. Bravo!
No comments:
Post a Comment