Setakat hari ni alhamdulillah Suhail dah semakin beransur sembuh. Pagi tadi dlm pkl 6 Daddy masukkan supp voren. Setakat sekarang pkl 3.10 ptg.. suhu badan dia 37.2C. Jadi Mummy masih belum bagi dia PCM syrup lagi setakat ni. Tapi rasanya tak lama lagi mungkin kena bagi kot sbb suhunya makin meningkat. Setatakt ni dia dah tak menggigil & kebiruan lagi bila demam. Alhamdulillah.
Semalam masa Daddy tengok dalam mulut Suhail.. katanya ada banyak ulcer (err.. org kita panggil mata ikan??!) especially kat anak tekak. Patut pun dia dok kata sakit mulut! Tapi Mummy siap boleh jegilkan biji mata sambil suruh dia telan nasi & sup Hihihi.. sian anakku. Lepas tu dia tak komplen dah!
Hmmm.. kerja2 Mummy dah behind schedule dah ni.. sikit pun tak mula lagi. Camana? Err.. Cik Mar pegi skool ker??? Dah rileks cam ni susah pulak nak start enjin. Ni pun kekononnye tadi nak mula menaip kerja... tapi Suhail asyik cirit ler pulak..(hihihi... macam le lama nak basuhnye..kan?) Muntah2 dah stop sejak malam tadi... ni cirit pulak... err... kalau Mummy cuti2 dulu boleh? Cik Mar... dah mula kerja ke?
Tuesday, November 30, 2010
Oh Sedapnyaaaa!!!
Mabeles!!! Mummy sedang enjoy dodol panas yang boleh ditarik panjang-panjang. Uhh... lembut jer masuk dalam mulut. Hahaha... ini la akibatnya kalau tengah stress. Mari kita menikmati makanan...dan lupakan yang lain! (Macam iklan tv ler pulak)
Raya haji ari tu, mak mentua ada buat dodol dan lemang. Of course lemang habis dalam sekelip mata. Maka.. tinggal la dodol yang telak disorokkan terlebih dahulu di dalam bekas transparent microwave tu. Ha jangan tak tahu.. si kecik Suhail hantu dodol! Tu tak masuk lagi bapak hantu dannnn... (mak hantu) hihihi.
Ok.. berbalik pada cerita dodol... slalunya, mak akan masak dodol versi 'less sugar' gitew. Ala..idak le kurang gula bebeno.. tapi... kira sedap la kami makan satu mangkuk sekali jalan!!! Tapi masalah problemnya... dodol ni akan cepat berkulat jika dibiarkan di luar. Jadi, untuk mengatasi masalah ini tuan-tuan dan puan-puan.. sila simpan dodol yang baru dikacau tu dalam bekas transparent yang boleh dipanas semula dlm microwave tu. Kami selalu letak dalam 3/4 bekas sbb boleh sekali ngap untuk sekeluarga.
Err.. setakat ni.. takat 2 bulan dlm peti sejuk elok je lagi. Bila nak makan.. keluarkan dan panaskan dalam microwave. Mummy guna setting defrost... masa: less than 2 minutes utk sekali pemanasan. Buat pemanasan cenggini (time: less than 2 minutes) sebanyak 2 kali. AMARAN: JANGAN terus nak buat 4 minit straight ye.. ha.. kang ada yang dapat dodol hangit!
Dodol yang kat tepi/ sekeliling tepi container akan lembut seperti baru dikacau dari kuali. Ha... makan yang ni dulu.. dah abis. baru panaskan semula 2x lagi untuk baki yang ada. Apa lagi.. cuba la!

Sunday, November 28, 2010
Demam Musim Cuti Sekolah
Picture credit to google
Mummy baru je baik demam + sakit tekak... tapi antibiotik masih ada untuk 2 hari lagi. :( Malam tadi lebih kurang 7 malam.. Suhail kata dia demam. Aah..betul pula tu. Ingatkan dia saje je cakap. Sekejap je suhu badannya naik 38.9 C. Bagi supp Voren. Bertahan untuk 4 jam. Hmm...mmg tak jangka dia demam sbb dia tgh menghabiskan antibiotiknya kerana mengalami selsema & batuk yang teruk dan berlanjutan lamanya.Hari ni juga masih sama. Suhu naik hingga lebih 39 C. Demam muncul tiap 4 jam. Hujung jari menjadi biru dan menggigil. Daddy dah start kan utk makan Augmentine 5ml 2x sehari. Setakat petang ni... dah dua kali muntah. Adik tak respond pada PCM syrup dr klinik (warna oren). It doesn't work at all.. terpaksa sumbatkan juga supp Voren.
Wbgm pun nasib baik bila demamnya kebah.. dia masih boleh makan bubur nasi dan sup. Cuma air je dia tak berapa nak. Petang ni tak tahulah sama ada dia nak makan atau tidak. Buat sementara ini.. dia masih tidur. Semenjak pukul 3.30 petang tadi..dia baring-tidur-jaga-tidur-jaga-tidur. Harapnya dia respond pada antibiotik yang diberi. Amin
Monday, November 22, 2010
Cuti Sekolah Datang Lagi
Pejam celik pejam celik.. cuti seklah dah datang lagi. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya baru lagi Mummy & Daddy menghantar Shu'aib ke sekolah. Dah setahun rupanya! Tahun depan Suhail pula ya ;P
Hujung Oktober dan awal November merupakan hari-hari yang sangat sibuk buat Mummy. Dengan menanda kertas periksa... kemudian perlu terkocoh-kocoh mengisi borang analisa (nasib baik bukan guru kelas.. kot tak.. pengsan!)... dengan Hari Anugerah Cemerlang.. dengan sibuk nak cuti Raya Haji... ishk.. tak sedar masa berlalu dengan pantas. Masa Raya.. baru boleh berehat panjang.
Kami mengisi waktu senggang dengan ke taman permainan / taman bunga di sekitar Lembah Klang. Dan.. kami juga berkesempatan untuk ke Taman Burung, KL. Bayarannya RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.
(Hmmm... tak boleh upload gambar le pulak... )

Subscribe to:
Posts (Atom)