Mabeles!!! Mummy sedang enjoy dodol panas yang boleh ditarik panjang-panjang. Uhh... lembut jer masuk dalam mulut. Hahaha... ini la akibatnya kalau tengah stress. Mari kita menikmati makanan...dan lupakan yang lain! (Macam iklan tv ler pulak)
Raya haji ari tu, mak mentua ada buat dodol dan lemang. Of course lemang habis dalam sekelip mata. Maka.. tinggal la dodol yang telak disorokkan terlebih dahulu di dalam bekas transparent microwave tu. Ha jangan tak tahu.. si kecik Suhail hantu dodol! Tu tak masuk lagi bapak hantu dannnn... (mak hantu) hihihi.
Ok.. berbalik pada cerita dodol... slalunya, mak akan masak dodol versi 'less sugar' gitew. Ala..idak le kurang gula bebeno.. tapi... kira sedap la kami makan satu mangkuk sekali jalan!!! Tapi masalah problemnya... dodol ni akan cepat berkulat jika dibiarkan di luar. Jadi, untuk mengatasi masalah ini tuan-tuan dan puan-puan.. sila simpan dodol yang baru dikacau tu dalam bekas transparent yang boleh dipanas semula dlm microwave tu. Kami selalu letak dalam 3/4 bekas sbb boleh sekali ngap untuk sekeluarga.
Err.. setakat ni.. takat 2 bulan dlm peti sejuk elok je lagi. Bila nak makan.. keluarkan dan panaskan dalam microwave. Mummy guna setting defrost... masa: less than 2 minutes utk sekali pemanasan. Buat pemanasan cenggini (time: less than 2 minutes) sebanyak 2 kali. AMARAN: JANGAN terus nak buat 4 minit straight ye.. ha.. kang ada yang dapat dodol hangit!
Dodol yang kat tepi/ sekeliling tepi container akan lembut seperti baru dikacau dari kuali. Ha... makan yang ni dulu.. dah abis. baru panaskan semula 2x lagi untuk baki yang ada. Apa lagi.. cuba la!
No comments:
Post a Comment