Bagaimana raya tahun ini? Bagi Mummy sekeluarga.. rasanya inilah cuti raya yang paling happening. KL-N.S-Perak-Kedah-Perak-KL semua dijelajahi dalam tempoh seminggu percutian. Rasa nak demam pun ada.. tak pernah dibuat beraya sakan! Hehehe..
Alhamdulillah.. dari awal perjalanan.. hingga ke hujungnya.. perjalanan kami adalah lancar.. smooth journey kata omputeh ;P Harapnya tak ada la kena speed trap.. kalau tidak.. waduh waduh.. mau jadi KAYAP selepas raya!
Tahun ni kami memulakan perjalanan ke N.S dahulu. Dapatlah berbuka puasa di sana dan berhari raya pada hari raya pertama. Ini gambar yang dirakam sepanjang tempoh di kg NS...
Aktiviti biasa Daddy.. mengail di belakang rumah.
Aktiviti anak-anak.. bermain dan bermain :D
Uwan buat buah melaka @ onde-onde.. diorang pun nak buat juga..
Ikan hasil tangkapan Daddy di salai dan di masak lemak cili api bersama pucuk ubi.
Sehari sebelum raya.. mesti bakar lemang dan masak rendang ayam kampung dan juga rendang daging kobau.
Jangan dilupa.. masak lompap (kobau juga).. dan tempoyak kacau.
Dan yeay! Raya kali ni.. Mummy dan Daddy dah boleh buat kuih goyang sendiri (dari awal hingga akhir.. jangan tak percaya!!!)
Akhir kata... Salam Lebaran buat semua.. Maaf dipinta jika ada terlanjur kata atau ada salah dan silap sepanjang perkenalan...
Adios
No comments:
Post a Comment