Wednesday, October 24, 2012

Mummy! Tengok nie...

Sambil Shu'aib senyum sampai telinga..dan rakan-rakan di taska juga menjerit..Mummy! Mummy! Tengok Shu'aib!! Sambil cuba menunjukkan sesuatu pada mulut Shu'aib....
OH?! MANA GIGI? Hahahaha..kata Mummy.
Setelah bergelut dengan gigi yang tak mahu bergoyang macam Inul berdangdut, walau Shu'aib sudah mencuba (takut2) beberapa ratus jam yang padanya macam tempoh penderaan oleh Mummy waktu telan sayur setiap kali 'meal'..walau setiap malam kena 'bebel' supaya goyangkan gigi..ada saja alasan diberi!
Akhirnya.. pengasuh di taska juga yg berjaya mencabut giginya yg dah mula goyang lebih seminggu yg lalu! Tiada doktor gigi...tak payah berabis duit.. cuma benang jahit aje yg diperlukan!
Hihihi..
24 Oktober 2012..hari ini dalam sejarah..Shu'aib hilang satu gigi susunya!

No comments:

Post a Comment