Thursday, November 15, 2012

Hutang yang belum langsai

2012 sudah ingin melabuhkan tirainya.. Satu demi satu sepupu meninggalkan alam single mereka..dan kini Mummy dan Daddy juga sudah mulai cemas..kalau pinjam stethoscope Daddy..sudah tentu boleh dengar degupan jantung yang dup dap dup dap macam orang lepas lari maraton.. atau macam orang yang baru lepas kena kejar hantu..

Waduhh! Duh duh duh..hari kian hampir.. kalau dikira2..tolak kerja..tolak waktu makan, waktu tidur..Mummy hanya ada kurang dari seminggu untuk menyiapkan apa yang patut.. Wah! Mummy giler sibuk mengalahkan menteri kunun! Tapi memang sakit mental..tiap minggu sejak Oktober Mummy ada program..luar kawasan.. dalam kawasan..semuaaa ada!

Hah! Mummy dapat panggilan hangit dari Kementerian.. "Puan, minggu hadapan kena ke "tuuutttt (luar kawasan)" untuk program kita ya.."
Eh! Tak tahu nak tanya2 dulu ke pada tuan empunya diri..risik-risik dulu makcik ni available ke idak? Kot-kot la makcik nih dah plan nak ke bulan..idak ke naya?

"Puan..ini program En Tuuuttt..surat telah ditandatangani oleh TUTTT..Surat akan dihantar selewat-lewatnya Jumaat 16.11.2012"
Errr..ada makcik kesahh? Kannn.. Makcik pon ada agenda tersendiri yang perlu dibereskan..

Ni dah tiga hari tiga malam bertungkus lumus membuang harta yang menimbun dalam dua bilik kat rumah ni. Mak aiiii..baru 6 tahun duduk..harta dah menimbun setinggi syiling! Daddy pulak sibuk mengemas, touch up, menggergaji, mengecat, menghantar dan ter-merosakkan satu dua benda sejak dua minggu lalu..hihihi..syabas Inspektor Shahabbb..anda juga sudah berjaya menjadi seperti tikus membaiki labu.. Ahaks!

Acu..kalau terbaca post nih..agak2 kalau tak terjumpa harta anda bila balik hujung bulan nanti..usah ditanya lagi..semuanya sudah ku humbann kedalam tong sampah besarr! ;P



2 comments:

  1. Hahaha..ya!
    Daddy sajer nak kasik Acu tension..dia soh post sneak preview aje hihihi

    ReplyDelete