Sunday, March 10, 2013

Resipi Laksa

Mummy suka laksa kuale (kangsar)..tapi tak reti nak buat. Mummy juga suka assam laksa.. Kalau cari resipi di internet, kebanyakannya adalah resipi assam laksa dan juga laksa utara..

Adakah sama laksa utara dan laksa kuale? Tentu sekali berbeza sebab laksanya diperbuat dari tepung yang berbeza. Laksa kuala diperbuat dari tepung gandum manakala laksa utara dan assam laksa menggunakan laksa yang diperbuat dr tepung beras. Laksa tepung gandum agak kasar teksturnya..tidak licin seperti laksa tepung beras. Oleh itu, Mummy rasa..bila dimakan bersama kuah laksa...laksa dan kuahnya bersatu..itu yang menjadikannya umph!

Dan jika dilihat...kuah laksa kuale cair kemerah-merahan (banyak cili kering?)..dan isi ikannya diblend halusss....walaupun sedemikian, rasanya tetap cukup masam, masinnya. Kalau nak cuba..kena la ke Kuala Kangsar Bandar Diraja! Ada beberapa nama yang pemes..antaranya Laksa Pak Ngah, Laksa Buyong, Laksa Lubok dan juga Laksa apa tah namanya (Pokok Limau?) yang terletak di Kota Lama kalau tak salah...

Hari ini..Mummy buat laksa utk makan tengahari...alhamdulillah, walau tak sama macam di Kuale..terubat juga rindu laksa tersebut...

Bahan:
Sepeket laksa (Mummy guna brand Twenty Twenty peket kuning yang dibeli di Giant) -rebus ikut arahan pada peket.
3 ekor ikan kembung + 3 ekor ikan sardin (fresh)
1 Bawang besar,
Cili kering yang diblend (ikut kepedasan yg diingini- mummy letak hingga kuah jd merah)
Asam keping/ gelugur
1 bunga kantan-dibelah dua
1/2 ikat daun kesom- dilirik dan ambil daunnya
Sedikit Belacan sebesar kiub pati ayam
Garam
1/2 kiub pati ayam

Telur yang direbus
Cili merah -hiris nipis
Timun -hiris memanjang kasar
Bawang besar- potong 4. Kemudian hiris membulat
Salad- hiris
Limau jika mahu
Petis atau kicap manis- jika mahu

Caranya:
Bersihkan ikan, cuci dengan air limau.
Mummy buang kepala dan ekor.
Rebus di dalam periuk (Mummy guna periuk nasi elektrik (rasanya yg 1.8liter) masukkan 5 kpg asam gelugur dan garam.
Rebus hingga menggelegak.
Keluarkan ikan..biar sejuk seketika.
Air rebusan ikan tadi jangan dibuang. Akan digunakan untuk kuah laksa.

Asingkan isi dengan tulang ikan. Blend isi ikan hingga halus (guna air rebusan tadi).
Masukkan ke dalam periuk rebusan tadi.
Kemudian, blend pula tulang ikan. Tapis..ambil airnya sahaja.
Blend bawang, cili kering dan belacan ..masukkan ke dalam kuah laksa. (mummy blend asing cili kering..dan tambah ikut kepedasan yg diingini)

Biar menggelegak.
Tambah bunga kantan serta daun kesum.
Biar reneh sehingga kepekatan yang diingini..tambah garam dan kiub ayam.

Hidang laksa, potongan salad, timun, cili, telur dan limau.
Tambah kuah. Sedap dimakan semasa panas.







No comments:

Post a Comment