Saturday, March 29, 2014

Autumn in Melbourne!

Salam buat semua.



Kali ini Mummy akan bercerita tentang Melbourne...
Kami berkesempatan untuk ke Melbourne pada 20-26 Mac 2014 yang lalu.

Penerbangan:
Ada banyak airline yang membawa kita ke Melbourne.
Bagi Malaysian, ada 2 penerbangan utama yg menjadi pilihan.. sama ada Malaysia Airline ataupun Air Asia X. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam penerbangan. Pesawat akan mendarat di Tullamarine Airport (untuk penerbangan antarabangsa).
Tips: Jika membawa anak kecil, lebih selesa mengambil penerbangan malam daripada KUL dan tiba di Melbourne pada awal pagi.. Disepanjang penerbangan..anak-anak biasanya akan tidur dan tidak banyak kerenah. Tentunya..soalan-soalan cepumas "Mummy! Bila nak sampai?" dapat dielakkan ;P

Mata wang
Australian Dollar (AUD, $).
Exchange rate pada masa Mummy pergi lebih kurang 1 AUD = RM3

Musim
Melbourne mempunyai 4 musim iaitu:

SeasonAverage maximum Average minimum
Summer (December–February): warm to hot
25°C (77°F)14°C (57°F) 
 Autumn (March–May): mild
 20°C (68°F)11°C (52°F) 
Winter (June–August): cool to brisk 
14°C (57°F) 7°C (45°F) 
 Spring (September–November): cool to mild
20°C (68°F) 10°C (50°F) 
Tetapi pada musim panas yg lalu..suhu mencecah sehingga 43C. Dan sehingga kehari ini, terdapat beberapa kawasan yang masih terbakar.
Locals sering mengingatkan kami bahawa cuaca di Melbourne adalah sangat unik. Dalam satu hari..boleh ada 4 cuaca yang berbeza! Jadi..bak kata pepatah..sentiasa sediakan payung sebelum hujan!
Pada penghujung Mac.. cuaca adalah baik dengan suhu sekitar 18C-23C (maksima) pada waktu tengahari. Walaupun matahari terpacak di atas kepala..keadaan adalah sangat selesa dan dinasihatkan memakai jaket nipis sekiranya cuaca agak berangin.
Namun, di awal pagi dan lewat petang/ malam.. cuaca adalah sangat sejuk.. Sebaiknya..bagi anak-anak, pakaikan mereka 3 lapis pakaian beserta jaket/ sweater, cap (head covers), scarf, gloves dan kasut bertutup.
Dan..pastikan membawa payung atau baju hujan!

Masa
Melbourne adalah 3 jam awal berbanding Kuala Lumpur.
Jadi..sekiranya di KUL 3 petang, di Melbourne adalah pada jam 6 petang.

Pengangkutan
Semasa di Melbourne.. kita boleh memandu (kereta).. atau memilih pengangkutan awam seperti cab, tram, keretapi atau bas.
Sekiranya memilih untuk memandu di tengah bandar Melbourne..pastikan anda membaca sedikit info tentang undang2 jalan raya di sana.
Tips: Booking kereta sewa boleh dibuat secara online dan pastikan anda turut menyewa sistem GPS semasa membuat tempahan kereta. Sekiranya anak2 berumur 6 tahun dan kebawah.. anda juga memerlukan car booster atau pun baby car seat.

No comments:

Post a Comment