Thursday, August 14, 2014

Mee Kari Opah Kajang

Nota untuk diri sendiri..
Resipi mee kari mudah daripada Opah Kajang

Bahan-bahannya (Untuk 15 orang makan):

1 mangkuk bahan blend (bawang besar, bawang putih fan sikit halia),
2 peket kecil serbuk kari ayam/daging Adabi,
1 1/2 mangkuk ikan bilis- diblend bersama air hingga halus,
3 ketul peha ayam (saiz besar)- dipotong kecil-kecil,
Air secukupnya untuk kuah,
1 3/4 kotak santan harmuni,
2 peket fishball- dibelah 2,
2 papan fish cake- di potong ikut citarasa,
14 ketul tauhu puff- dipotong 2.

2-3 peket mee (dibilas dan dicelur)
1/2 peket bihun (direndam dan dicelur)
Telur rebus- dibelah 4
Seikat sawi- dipotong dan di celur
Tauge- dicelur (sekejap sahaja supaya masih rangup)
Bawang goreng,
Cili merah & cili hijau- dihiris
Tauhu goreng jika mahu

Caranya:
1. Tumis bahan blend hingga naik bau
2. Masukkan pes rempah kari (serbuk kari + air..kacau membentuk pes)... Sentiasa kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam..kacau sebentar.
4. Tambah stok ikan bilis, air dan santan. Biar menggelegak.
5. Masukkan fish ball, fish cake dan tauhu puff.
6. Masukkan kiub pati ayam, sedikit gula, garam. Rasa ikut kesesuaian.

7. Di dalam mangkuk, masukkan mee/ bihun.
Tambah bahan2 lain dan letak kuah.
Sedia untuk di makan.

No comments:

Post a Comment